Sebuah bantuan khas yang dilaksanakan kerajaan iaitu bantuan Bakul Prihatin Negara rakyat Malaysia di bawah inisiatif penuh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia. Bantuan ini diwujudkan bagi membantu masyarakat melansungkan kehidupan yang sangat menyakit sewaktu pandemik COVID-19. Maka itu,rakyat Malaysia diberikan peluang untuk memohon bakul prihatin negara. Sila baca artikel ini hingga habis.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Program Bantuan
-
- Bakul Prihatin Negara
Antara barangan asas yang diperolehi dalam seperti berikut seperti berikut:
-
- Beras (5 kg)
- Gula (1 kg)
- Tepung (2 kg)
- Bihun (400 gm)
- Kicap (650 ml)
- Sardin (230 gm)
- Biskut
- Kopi
Apa Syarat – Syarat Kelayakan?
-
- Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya kekurangan pendapatan sepanjang pandemik COVID-19.
Cara Mohon Bakul Prihatin Negara
Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:
-
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri
- Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999
- Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/ Twitter/ Instagram KPWKM atau JKM)
- Menghubungi Pemimpin Tempatan/ Setempat
Bagaimana Kaedah Penyampaian Bakul Prihatin Negara
-
- Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.
- Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan.
- Penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.
Muat Turun Borang Permohonan
Isi borang berikut dengan lengkap bagi permohonan Bakul Prihatin Negara:
Carta Aliran Proses Permohonan Bakul Prihatin Negara
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau dihubungi ibu pejabat JKM melalui talian:
Alamat: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
No Tel: 03-8000 8000