Mohon Bantuan Baitumal Yuran Sekolah & Belanja Makan

Skim ini diperkenalkan bertujuan membantu para asnaf dan fakir miskin diperingkat sekolah rendah dan menengah untuk membayar yuran dan keperluan pembelajaran anak-anak mereka.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Apakah Syarat Umum Memohon ?

    • Beragama Islam
    • Warganegara Malaysia
    • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
    • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Apakah Dokumen Yang Diperlukan?

  1. Borang permohonan – [Muat turun borang disini]
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah.
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami

Lain-Lain Dokumen (Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan)

Keluarga bercerai. : Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli keluarga telah meninggal dunia. : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara baru. : Satu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya. : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap sakit kronik. : Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang mengikuti pengajian di IPT. : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga bermasalah. : Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis. : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Apakah Cara Permohonan?

Borang permohonan yang sudah lengkap bersama dokumen yang diperlukan hendaklah dihantarkan ke cawangan Baitumal MAIWP.

Maklumat Lanjut Tentang Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi;

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh, 51200
Kuala Lumpur

Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444

FacebookBaitulmal MAIWP

Leave a Comment