Terkini | PM Umum Mangsa Banjir Akan Terima Bantuan RM1000

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Terkini | PM Umum Mangsa Banjir Akan Terima Bantuan RM1000

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan bahawa setiap isi rumah yang terjejas banjir akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000.

Perkara itu telah diumumkan menerusi satu Sidang Media Perdana Menteri berkaitan bencana banjir yang sedang melanda beberapa buah negeri ini.

Seperti yang dikongsikan BERNAMA di laman rasmi Twitter mereka, kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir berlindung di 103 PPS di 8 daerah seluruh Selangor meningkat 15,000 hari ini.

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×