Lupa Nombor Ahli KWSP? Dapatkan Online Guna IC

Terlupa no Ahli KWSP ialah perkara yang normal. Terlalu banyak urusan yang kita fikir dikepala sampai terlupa perkara seremeh itu.

Mengingati nombor ahli ini sangat penting kerana pelbagai urusan yang berkaitan dengan KWSP sebagai contohnya baki akaun, semakan caruman majikan dan lain-lain hal ehwal kewangan seperti pinjaman.

Maka itu, tak usah khuatir kerana Portal Info akan berkongsikan bagaimana mendapatkan nombor ahli KWSP secara online atau manual

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Bagaimana Cara Semak Nombor Ahli KWSP?

1. Semak No KWSP Secara Online

    • Untuk semak No ahli mengunakan Ic, anda harus mendaftar I-Akaun terlebih dahulu.
    • Barulah anda boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak nombor ahli, membuat semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, atau lain-lain urusan.

Dengan kata laluan ini, anda boleh mendaftar i-Akaun secara View Mode untuk membuat semakan baki dan nombor ahli KWSP.

2. Semak No KWSP Di Kios

Bukan saja melalui online. Nombor KWSP juga boleh disemak melalui kios KWSP dengan mengunakan cap jari.

Berkunjung dimana-mana Kios KWSP untuk dapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Setelah itu, anda boleh mendaftarkan i-Akaun.

3. Semak No KWSP Melalui Telefon

Terus menghubungi  telefon: 03 – 8922 6000

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan KWSP sila rujuk laman web KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

Leave a Comment