Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Berikut ialah tempoh bayaran balik PTPTN mengikut kadar pinjaman tertentun.
Jumlah Prinsipal Ujrah | Tempoh Bayaran Balik |
RM10,000 dan ke bawah | 5 tahun |
Melebihi RM10,000 hingga RM22,000 | 10 tahun |
Melebihi RM22,000 hingga RM50,000 | 15 tahun |
Melebihi RM50,000 | 20 tahun |
Semakan Penyata Pinjaman Dengan PTPTN Login
Sila ke PTPTN Login untuk semakan penyata pinjaman terkini anda.
- Layari laman web portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/
- Klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.
- Isikan nombor IC dan kata laluan.
- Cara Mendapatkan Kata Laluan Sementara (login pertama kali), sila berhubung dengan pihak PTPTN terlebih dahulu.
Cara Dapatkan No Pinjaman PTPTN
1. Melalui Hotline PTPTN
Cara ini adalah langkah yang paling ringkas iaitu dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000. Nombor ini sudah tertera diportal PTPTN.
Sewaktu menghubungi, khabarkan kepada pihak PTPTN untuk mendapatkan nombor pinjaman PTPTN anda.
Terus akses menu e-Perkhidmatan di portal PTPTN pada bahagian ‘Bayaran Balik’.
2. Melalui Mesej Di Facebook
Ironinya, nombor pinjaman juga boleh diprolehi melalui mesej di Facebook rasmi PTPTN :
Bagaimanakah Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui Potongan Gaji?
Salah satu langkah pembayaran balik yang lebih baik ialah melalui DIRECT DEBIT (auto tolak dari account bank yang didaftarkan). Kaedah ini sama sekali tidak memerlukan perhatian anda setiap bulan. Jadi, anda tak perlu khuatir sama ada anda sudah pun membayar atau belum untuk bulan tersebut.
Sila rujuk 8 langkah untuk menetapkan setting seperti di bawah:
Langkah 1 : Taip www.ptptn.gov.my dan klik di bahagian BAYARAN BALIK
Langkah 2 : Klik permohonan DIRECT DEBIT .
Langkah 3 : Klik Mohon DIRECT DEBIT PINJAMAN
Langkah 4 : Masukkan No IC berserta Password dan Log masuk
Langkah 5 : Klik PENYATA BAKI
Langkah 6 : Klik pendaftaran untuk DIRECT DEBIT
Langkah 7 : Klik PERMOHONAN BARU
Langkah 8 : Klik MOHON
Selesai!
Permohonan Penangguhan Bayaran Balik
Terdapat cuma 4 jenis kategori peminjam yang layak membuat penangguhan bayaran balik PTPTN :
-
- Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu (Diploma) dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa (Ijazah)
- Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara
- Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester)
- Tidak bekerja
Peminjam harus mengisi borang permohonan penangguhan
Kos upah masih dikenakan sepanjang tempoh penangguhan yang akan ditetapkan oleh PTPTN.
Dokumen penangguhan bayaran juga perlu disediakan:
-
- Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;
- Surat akuan sumpah tidak bekerja;
- Penyata KWSP terkini atau Surat pengesahan dari KWSP yang mengesahkan peminjam belum mencarum.
Penangguhan Bayaran balik PTPTN tidak mengecualikan PTPTN daripada menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS).
PTPTN berhak membatalkan penangguhan sekiranya peminjam didapati menerima gaji / elaun dalam tempoh penangguhan.