Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Kaedah Mengaktifkan Visa Kad Debit Maybank
KAD DEBIT adalah sejenis produk kewangan yang diwujudkan dan dikeluarkan oleh pihak bank. Kad Debit sebenarnya berfungsi sebagai altenatif dalam penggantian WANG TUNAI.
Oleh itu, dengan hanya menggunakan kad debit, anda boleh melakukan pembayaran atau perbelanjaan untuk setiap pembelian tanpa perlu mengeluarkan wang tunai dengan jumlah yang banyak. Kebaikan penggunaan Kad Debit sudah pasti sangat mudah dan menjimatkan masa serta tenaga anda daripada beratur panjang untuk mengeluarkan wang tunai.
Namun sebelum anda dapat menggunakan Kad Debit ini, anda perlu mengaktifkan kad ini terlebih dahulu. Jika tidak, Kad anda hanya hanya boleh mengeluarkan wang tunai sahaja.
Sila baca artikel ini sehingga selesai untuk mengetahui kaedah mengaktifkan Visa Kad Debit anda.
Kriteria Dan Syarat Untuk Aktifkan Visa Kad Debit Maybank Secara Online
Syarat 1
-
- Sila pastikan kad ATM Maybank anda adalah versi yang terbaru iaitu “Gambar Ceri” dan bukan kad ATM lama yang berwarna kuning hitam.
- Sila pergi ke cawangan Maybank dan tukar kad ATM sekiranya anda masih menggunakan kad ATM lama berwarna kuning hitam.
Syarat 2
-
- Sila pastikan anda sudah memiliki akaun Maybank2U.
- Sekiranya anda masih belum memiliki akaun Maybank2U, sila lakukan pendaftaran di Laman Web Maybank2U KLIK DISINI
Anda hanya boleh mengaktifkan Kad Visa Debit anda apabila kedua-dua kriteria di atas telah dipenuhi.
Kaedah Mengaktif Kad Visa Debit Maybank
-
- Langkah 1
Sila log masuk ke Laman Web Maybank2U.
-
- Langkah 2
Sila masukkan username dan juga password anda yang telah didaftarkan.
-
- Langkah 3
Sila lihat bahagian “Utilities” kemudian tekan “Maybankcard Secure Online Shopping Registration”
-
- Langkah 4
Sila isi maklumat yang diperlukan dan kemudian tekan “Submit“.
-
- Langkah 5
Sila pastikan status anda adalah berjaya “Successful“
Sekiranya kaedah di atas telah berjaya dilakukan bermakna Kad Visa Debit Maybank anda telah pun diaktifkan. Tahniah!
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1300-88-6688.