Langkah Mudah Memohon BKM Tahun 2022 | Tamat 31 Januari

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Ini mungkin sati berita baik buat anda. Bagi keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah, pihak kerajaan telah mewujudkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan nilai bantuan sebanyak RM2,000 untuk setiap isi rumah di Malaysia. Bantuan bkm bujang juga turut disediakan.

Untuk pengetahuan anda, kadar  bantuan ini lebih banyak berbanding sebelum ini yang hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800 sahaja.

Kadar Bantuan BKM Isi Rumah

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2022 beberapa bulan lepas, bantuan akan diberikan berdasarkan kepada empat kategori seperti berikut:

  • Isi rumah RM2,500 dan ke bawah:

RM2,000 : Lebih 3 orang anak
RM1,500 : 1-2 orang anak
RM1,000 : Tiada anak

  • Isi rumah RM2,500 – RM5,000:

RM800 : Lebih 3 orang anak
RM600 : 1-2 orang anak
RM400 : Tiada anak

  • Tambahan kadar isi rumah:

RM300 : Warga emas
RM500 : Ibu/bapa tunggal dengan tanggungan

Apakah Syarat & Kriteria Kelayakan?

    • Sudah berkahwin
    • Ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
    • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Apakah Langkah Permohonan?

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM bagi tujuan semakan kelayakan.

Sila tekan pada pautan untuk maklumat lebih terperinci KLIK DI SINI

Tarikh Pembayaran Bantuan

Masih belum ada tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan setakat ini. Maklumat pembayaran akan kami war warkan dari semasa ke semasa.

Tarikh Memohon & Kemaskini BKM

Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dilakukan bermula 01 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Maklumat Lanjut

Sila tekan pautan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan pembentangan bajet 2022. Sila layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di bawah :

 https://budget.mof.gov.my/2022/

Baca juga : TERKINI | Kerajaan tak berhasrat benarkan pengeluaran KWSP untuk mangsa banjir Kerana ada bantuan Disediakan – PM

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×