Langkah Mohon BKC | RM1300 Bantuan Kerajaan

Langkah Mohon BKC | RM1300 Bantuan Kerajaan

Bagaimana cara memohon bantuan kerajaan BKC (Bantuan Khas Cov19) ini? Mereka yang layak boleh dapat daripada RM100 sehingga RM1,300 dan dibayar secara berperingkat.

Tahukah anda, bantuan BKC ini merupakan bantuan dari Pakej PEMULIH yang telah diumumkan kerajaan khas untuk meringankan kos sara hidup akibat daripada pandemik ini.

Siapakah Penerima Bantuan BKC?

Terdapat tiga kategori utama bagi penerima yang layak dapat bantuan ini, iaitu kategori Miskin Tegar, B40 dan M40.

Dan kelayakan tersebut terbahagi pula kepada 2 penerima iaitu Isi Rumah dan Bujang.

Berapakah Jumlah Bantuan

    • Miskin Tegar isi rumah : Dapat RM1,300
    • Miskin Tegar Bujang : Dapat RM500
    • B40 isi rumah : Dapat RM800
    • B40 Bujang : Dapat RM200
    • M40 isi rumah : Dapat RM250
    • M40 Bujang : Dapat RM100

Jadual Pembayaran

Untuk lihat jadual pembayaran bagi setiap kategori, sila rujuk gambar carta di bawah :

Jadual bayaran BKC

Bagaimana Cara Mohon BKC?

Untuk kemudahan orang ramai, kerajaan telah memutuskan untuk anda tidak perlu membuat permohonan BKC seperti mana bantuan-bantuan sebelum ini yang anda perlu mohon,  seperti Bantuan BSH dan BPR.

Jadi, kelayakan permohonan adalah dikira berdasarkan data-data yang sudah ada dalam permohonan BPR 2021 dan rekod percukaian LHDN.

Semakan Kelayakan

Semakan status kelayakan Bantuan Khas Covid 19 boleh dibuat di portal rasmi berikut :

https://bkc.hasil.gov.my/

Hanya masukkan nombor kad pengenalan anda dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Info Lanjut

Pembayaran seterusnya iaitu BKC Fasa 2 akan dibuat pada akhir bulan November ini.

Penerima akan dapat RM300 – RM500. Nantikan.

Sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk FAQ di sini.

Leave a Comment