Kemaskini Nombor Telefon KWSP
Makluman buat semua, permohonan dan semakan untuk iCitra telahpun diluluskan pada bulan ini. Akan tetapi, ahli KWSP menghadapi masalah diantaranya adalah masalah nombor telefon peribadi pemohon telah bertukar. Tak usah khuatir kerana pihak KWSP telah menetapkan 2 kaedah untuk menukar dan kemaskini nombor telefonĀ walaupun tanpa kehadiran ke kaunter KWSP Antara kaedahnya ialah:
-
- Kiosk
- Atas talian (online)
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Ikut kami untuk mengemaskini nombor telefon tanpa hadir ke kaunter.
Apakah Langkah Menukar No Telefon Di Kiosk KWSP?
Kehadiran anda dikiosk adalah bertujuan untuk mengesahkan identiti MyKad dan cap ibu jari anda. Langkah ini adalah untuk sesiapa yang ingin membuat pendaftaran serta kemaskini nombor telefon TAC/ OTP. Anda juga boleh pergi ke kaunter, tapi pastikan sudah ada temu janji secara online. Jangan walk in tanpa membuat temujanji.
Sila rujuk langkah di bawah :
-
- Semasa berada Kiosk, tempatkan Kad Pengenalan anda.
- Sila letakkan ibu jari anda pada ruang yang telah disediakan bagi tujuan pengesahan.
- Kemudian terdapat paparan menu untuk menukar nombor telefon.
- Sila dapatkan bantuan pekerja di kiosk sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah semada pengesahan.
- Nombor telefon baru yang telah anda tukar akan dikemaskini dalam sistem KWSP dalam tempoh 24 jam.
Langkah Menukar Nombor Telefon KWSP Secara Online
Anda juga boleh membuat penukaran nombor telefon sekiranya tidak mahu atau tidak dapat hadir ke KWSP. Untuk penukaran nombor telefon secara online, anda akan dikehendaki untuk menjawab soalan keselamatan seperti di bawah :
Anda perlu memastikan yang anda menjawab soalan keselamatan dengan betul sama seperti jawapan yang telah anda berikan semasa membuat permohonan iSinar.
Sekiranya anda tidak menerima No TAC untuk penukaran nombor KWSP ini, sila cuba lagi kerana ada kemungkinan talian telefon anda tidak berapa stabil.
Sila rujuk Hotline dibawah sekiranya anda menghadapai masalah ini.
Maklumat Lanjut :
Sila hubungi Hotline KWSP di 03-8922 4848
Atau layari Facebook. KLIK DISINI