Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Kalau dulu payah nak buat akaun Tabung Haji. Kena pergi kaunter sama ada untuk buat akaun sendiri ataupun anak-anak.Hakikatnya kena beratur panjang.
Tapi sekarang anda cuma perlu buat secara online atau erti nama lain ialah Virtual Account Opening (VAO) dalam terma pada hari ini.
Join group Tips Penjimatan Untuk Keluarga -> Group Whatsapp
Jom lihat bagaimana dan apakah syarat yang diperlukan.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Cara Buka Akaun Tabung Haji Online (Virtual Account Opening / VAO)
Pembukaan akaun TH adalah mudah dan boleh dilakukan di semua Kaunter TH & Kaunter Mudah Alih TH, Rakan Strategik TH (Bank Islam & Bank Rakyat) dan TH Komuniti.
Syarat:
-
- Beragama Islam dan waras.
- Warganegara Malaysia.
Dua Kategori Akaun:
-
- Akaun Dewasa
- Akaun Kanak-kanak
Akaun Dewasa
-
- Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir.
- Membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran.
Akaun Kanak-Kanak
-
- Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
- Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
- Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
- Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
- Penjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
- Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-kanak.
*Pesanan Penting
-
- Penjaga dinasihatkan untuk menukar status Akaun Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan telah berumur 18 tahun ke atas. Pemohonan pertukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH oleh penjaga akaun kanak-kanak tersebut dan pendeposit tersebut hendaklah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.
- Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.
- Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut mencapai 18 tahun.
Bagaimana Cara Buka Akaun Tabung Haji Online?
Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan dan aplikasi THiJARI.
Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian dan kemudian hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
Rujuk Langkah Dibawah Sebagai Panduan
- Layari laman web https://www.thijari.com.my/
- Tekan pada ‘Tiada Akaun TH? Buka Sekarang!’
- Isikan maklumat dalam borang online yang disediakan.
- Hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
- Keutamaan layanan akan diberikan di kaunter, dan anda akan dilayan dalam masa 1 minit sahaja!
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut :


