Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Pelaburan emas tidak pernah luntur dari pandangan masyarakat sehingga ke hari ini. Ia masih utuh meskipun wujud berbagai jenis pelaburan araf baru seperti bitcoin, saham dan lain-lain. Pelaburan ini tidak memerlukan modal besar dan cukup dengan modal rendah. Modal serendah RM1 anda sudah boleh menyertai pelaburan emas seperti Hello Gold atau Public Gold.
Namun jangan terburu-buru melabur. Ketahui selok belok pelaburan emas agar strategi pelaburan anda lebih berkesan dan bijak.
Join group Tips Penjimatan Untuk Keluarga -> Group Whatsapp
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Simpanan RM10 Sehari
Ada orang bermula menyimpan setiap hari RM10 selama 30 hari setiap bulan. Jika anda kalikan jumlah tersebut, sekurang-kurangnya dia dapat membeli 1 gram emas setiap bulan. Menarik bukan?
Bayangkan jika anda simpan hobi ini sehingga 12 bulan. Bayangkan berapa banyak jumlah emas anda dah kumpul.
2. Guna Duit Kutu
Duit kutu ialah kaedah penyimpanan wang segera yang lebih cekap. Namun kaedah ini memerlukan kepercayaan diantara pemainnya agar komited membayar bahagian mereka setiap bulan.
Jika sampai giliran anda , anda boleh terus membeli emas dan simpan. Tak perlu pening-pening fikir.
Tukarkan Simpanan Wang Kumpulan RM5, RM10 Dan RM20
Selama anda simpanan wang di bank tanpa melabur ke Asb atau KWSP lebih baik anda tukar menjadi emas . Nilainya boleh bertambah mengikut pasaran. Wang sahaja tak berubah nilainya. Malahan, untuk pengetahuan anda, jika berlaku inflasi, wang didalam bank sudah tiada nilainya. Barang fizikal yang menjadi raja dalam pembelian.
Beli Emas Bulanan Secara Tetap Dengan Harga Serendah RM100
anda mungkin tak mampun untuk menyimpan emas yang banyak setiap bulan, tapi anda boleh memulakan dengan harga serendah RM100 sebulan dengan Public Gold. Nilainya agak rendah namun jika anda berusaha menyimpan lama kelamaan ia akan meraih hasil yang memuaskan. Pejam celik sudahnya anda ada simpanan emas 1 Gram emas setiap 3 bulan.
5. Beli Emas 1 Gram Setiap Bulan
Kalau kewangan anda stabil dan besar, apa salahnya jika beli emas 1 gram sebulan. Inilah langkah dipratikkan oleh masyarakat di Malaysia. Pastikan membeli emas secara konsisten dan kumpul sebanyak mungkin anda mampu.
Hakikatnya, ini cuma nasihat agar anda memiliki kaedah pelaburan yang teguh disamping simpanan ASB, KWSP atau Tabung Haji. Terpulang kepada anda bagaimana anda mahu melabur. Yang penting timbalah ilmu dalam pelaburan kerana kita tidak tahu nasib kita dihadapan bagaimana. Barangkali, pelaburan ini membawa hasil yang membantu kita sedang susah dalam kewangan. Sediakan payung sebelum hujan tidak menyakitkan akan tetapi perit jika sudah terhantuk baru nak terngadah.
Kredit – Majalah Labur