Rupanya Boleh Guna Duit KWSP Untuk Pelaburan ASB | i-Invest

Apakah Itu i-Invest ?

i-Invest ialah sebuah platform atas talian di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP yang menguruskan pelaburan ahli dalam dana unit amanah. Pelbagai perkhidmatan dengan fungsi perbandingan dan maklumat berguna untuk membantu ahli membuat perlaburan yang bijak.

Melalui i-Invest ini juga ahli boleh menikmati proses membuat keputusan yang lebih cekap dengan akses mudah dimana saja dan ditambah dengan caj perkhidmatan yang lebih rendah atau lebih tepat lagi kerana tiada pengunaan orang tengah iaitu ejen.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Syarat Guna Duit KWSP Untuk Labur ASB

Ahli KWSP yang boleh menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut :-

    • Ahli yang berumur kurang 55 tahun dan simpanan di Akaun 1 KWSP melebihi baki simpanan asas
    • Ahli yang berumur 55 tahun/Akaun Emas
      Nota: Ahli yang telah mengeluarkan keseluruhan baki KWSP ketika mencecah umur 55 tahun tidak layak menggunakan kemudahan ini. Namun begitu, ahli boleh melaksanakan kemudahan ini ketika mencecah umur 60 tahun (Akaun Emas).

Jenis Transaksi Yang Dibenarkan

  1. Anda boleh melaksanakan transaksi berikut:-
    • Pembelian
    • Penukaran tabung (switching)
    • Jualan balik – sekiranya ahli menjual pelaburan unit amanah, ASNB akan mengembalikan semua jumlah jualan balik pelaburan kepada KWSP.
      Nota: Transaksi penukaran tabung (switching) & jualan balik tidak ditawarkan bagi ahli KWSP yang berumur 55 tahun/Akaun Emas.

Berapakah Jumlah Pelaburan Minimum & Maksimum Boleh Labur Dibawah i-Invest?

Transaksi Minimum Maksimum
Pembelian RM1,000 Berdasarkan had pelaburan di KWSP
Penukaran (switching) RM0.01 Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
Jualan balik RM1.00 Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda

Soalan Lazim

  1. Sekiranya saya tiada akaun dengan mana-mana unit amanah ASNB, bolehkah saya melaksanakan i-Invest?

    Tidak boleh. Anda perlu hadir di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB bagi mendaftar akaun unit amanah ASNB terlebih dahulu.

  2. Saya telah melaksanakan proses pembelian unit amanah menerusi i-Invest tetapi mengapa rekod tersebut tidak dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP?

    Transaksi pembelian hanya akan dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP anda setelah ASNB menerima wang tersebut dari KWSP. Proses ini akan mengambil masa seperti berikut :-

    Baki dikemaskini di portal myASNB 2 hari bekerja
    Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli) KWSP 4 hari bekerja

    Sekiranya transaksi dilaksanakan pada hari cuti umum atau bukan hari bekerja, transaksi tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
    Bagi penukaran dana unit amanah ATAU jualan balik, baki akan dikemaskini seperti berikut :-

    Baki dikemaskini di portal myASNB Secara terus (online)
    Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli) KWSP 2 hari bekerja

    Sekiranya transaksi dilaksanakan pada hari cuti umum atau bukan hari bekerja, transaksi tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

  3. Saya telah melaksanakan pengeluaran berjumlah RM1,000 dari i-Invest, tetapi kemudiannya saya ingin mengubah jumlah pelaburan tersebut di portal myASNB. Bolehkah saya berbuat demikian?

    Anda tidak boleh menambah jumlah pelaburan di portal myASNB. Hanya pengurangan jumlah pelaburan sahaja dibenarkan di portal myASNB. Sekiranya anda ingin menambah pelaburan kepada jumlah baharu ia perlu dilaksanakan menerusi i-Invest semula.

  4. Berapakah jumlah pelaburan minimum dan maksimum yang saya boleh laksanakan menerusi i-Invest?

    Transaksi Minimum Maksimum
    Pembelian RM1,000 Berdasarkan had pelaburan di KWSP
    Penukaran (switching) RM0.01 Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
    Jualan balik RM1.00 Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
  5. Apakah caj yang dikenakan sekiranya saya melaksanakan transaksi i-Invest?

    Transaksi Caj
    Pembelian Unit amanah harga berubah: Caj jualan 0.5%
    Unit amanah harga berubah: Tiada
    Penukaran (switching) hanya pertukaran daripada unit amanah harga tetap kepada unit amanah harga berubah dikenakan caj jualan 0.5%
    Jualan balik Tiada
  6. Kekerapan pengeluaran yang dibenarkan untuk i-Invest?

    Tiada had kekerapan pengeluaran ditetapkan bagi ketiga-tiga jenis transaksi yang dibenarkan menerusi i-Akaun (Ahli) KWSP. Bagi transaksi pembelian, pengeluaran boleh dilaksanakan sehingga maksimum 25 tabung pada satu masa pengeluaran.

  7. Adakah saya dibenarkan untuk membuat transaksi pembelian menerusi i-Invest melebihi satu unit amanah secara serentak?

    Ya. Anda dibenarkan untuk membuat pembelian menerusi i-Invest melebihi satu tabung unit amanah dalam satu-satu masa. Pemilihan unit amanah perlu dilaksanakan di i-Akaun (Ahli) KWSP dan ia tidak boleh ditambah ketika anda berada di akaun portal myASNB.

Leave a Comment