Pengeluaran KWSP RM10K | Maksud Keluar RM10,000 Ganti RM12,000?

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Pada 1 April yang lepas permohonan khas KWSP telah dibuka jam 12 tengah malam.

Bagi mana-mana  ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April 2022.
Namun baru-baru ini kecoh, terdapat kekeliruan tentang jika keluarkan wang RM10,000 harus mengantikan RM12,000. Mari lihat apa sebenarnya maksud hal ini.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Maksud Ganti 20% Selepas Keluarkan Wang KWSP

Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?
Ahli KWSP perlu menggantikan semula semua jumlah amaun yang telah dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.
Jika perlu diganti bukankah lebih baik jika keluarkan dengan jumlah RM8000 saja dan bagaimana pula nak mengantikannya ?
Jangan khuatir itu bukan hal yang sebenarnnya.

Maksud soalan ini adalah untuk menyatakan bahawa KWSP bakal menggantikan pengeluaran khas tersebut dengan caruman anda pada bulan berikutnya.


Biasanya, KWSP menggunakan nisbah 70:30 dalam membahagikan caruman tersebut ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Sebagai contoh, jika caruman anda RM2,000 sebulan, jika mengikut kebiasaan nisbah 70:30.

RM1400 – Masuk ke Akaun 1.
RM600 – Masuk ke Akaun 2.

Namun, jika pengeluaran khas dibuat. 100:0 akan digunakan.

Sebagai contoh, caruman anda RM2,000 sebulan, mengikut nisbah 100:0.

RM2000 – akan masuk ke Akaun 1.
RM0 – akan masuk ke Akaun 2.

Pengunaan nisbah 100:0 ini akan diaplikasikan sehinggalah baki Akaun 1 anda (termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan) digantikan semula. Ini bermakna, caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu pada nisbah 70:30.

Semoga penjelasan ini membantu anda supaya tidak ragu-ragu dengan pengeluaran khas KWSP RM10K ini. Kongsikan kepada semua agar dapat meregangkan kekeliruan ini.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×