Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bagi membantu mereka yang memerlukan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan di peringkat persekutuan atau negeri.
Untuk pengetahuan anda, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Baca Mengenai :
I Lindung KWSP
i-Lindung pada asasnya adalah platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) untuk membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melaluinya, ahli boleh membeli produk insurans/takaful daripada syarikat insurans dan takaful (SIT) yang diluluskan KWSP.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan bagi mereka yang ingin membuat iLindung :
- Rakyat Malaysia;
- pengguna i-Akaun (ahli);
- Terdapat baki simpanan dalam akaun KWSP.
Sertai Telegram: https://t.me/bantuankerajaan
Cara Permohonan i-Lindung
Jenis perlindungan di bawah platform termasuk perlindungan nyawa dan perlindungan penyakit kritikal.
Prosedur pembelian melalui i-Lindung boleh dijalankan seperti berikut:
- Log masuk ke i-Akaun (ahli);
- Klik pada tab “i-Lindung”;
- Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
- Isikan maklumat di Portal SIT;
- Kebenaran untuk mendebit daripada akaun KWSP;
- Terima penyata maklumat daripada SIT.
Insurans yang dibeli akan dikira dari tarikh polisi/sijil dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.
Maklumat Lanjut
Pembayaran kepada SIT tidak akan dibuat serta-merta selepas permohonan diluluskan dan mungkin mengambil masa beberapa hari.
Walau bagaimanapun, status polisi/sijil akan kekal sah melainkan pembayaran ditolak.
Maklumat lengkap tentang i-Lindung boleh didapati di Portal Rasmi KWSP – di sini.