KWSP 2024 : Pengeluaran Khas Bersyarat RM3000 Dibenarkan. kumpulan wang simpanan pekerja melancarkan kemudahan pengeluaran. Skim fsa2 atau kemudahan sokongan akaun 2 ialah kemudahan pengeluaran pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Pengeluaran Khas Bersyarat
Untuk makluman, pelaksanaan pengeluaran khas bersyarat kwsp fsa2 akan dilakukan dalam 2 fasa yang melibatkan kriteria berbeza. Pada masa ini, permohonan boleh dikemukakan oleh ahli kwsp untuk pengeluaran fasa pertama.
Objektif utama kerajaan dan kwsp memperkenalkan kemudahan fsa2 ini adalah untuk membantu pencarum mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan terpilih.
Kadar Pengeluaran Khas Bersyarat
Kwsp telah menetapkan jumlah pengeluaran minimum rm3,000. Manakala pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sehingga rm50,000 secara sekali sahaja.
Kelayakan
Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan pembiayaan pengeluaran FSA2 seperti dibawah :
- Ahli KWSP
- Warganegara Malaysia sahaja
- Individu berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
- Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
- Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank
- Mempunyai minimum simpanan dalam akaun 2 sebanyak RM3,000
- Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000 (One-off)
Info : Bagi tarikh tempoh perlaksanaan FSA2 KWSP ini adalah sepanjang tahun ini. Manakala bagi bagi fasa kedua (2) akan dimaklumkan kelak oleh pihak KWSP.
Cara Mohon
Kepada para pencarum KWSP yang memerlukan dan berkelayakan, anda boleh membuat permohonan secara dalam talian. Panduan lengkap cara daftar dan mohon pengeluaran khas ini telah pun disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI