Tahukah Anda Main Kutu Diharamkan? Lihat Mengapa

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Tentu anda sudah tahu apa itu main kutu dimana maksudnya ialah cara menyimpan wang dan mengumpul duit secara berkumpulan.

Aktiviti ini selalunya dikaitkan dengan para emak atau mak cik yang suka bermain dengan skim ini. Namun berapa ramai je yang benar-benar faham bagaimana operasi bermain kutu ni berfungsi.

Join group Tips Penjimatan Untuk Keluarga -> Group Whatsapp

Contohnya Saiful dan 4 orang kawannya: ambil keputusan untuk buat simpanan dengan setiap orang bagi RM1,000 untuk setiap bulan. Jadinya, setiap bulan diorang akan kumpul RM5,000.

Undian akan dibuat untuk tentukan siapa yang akan dapat RM5,000 tu untuk setiap bulan mengikut giliran. Mungkin Saiful akan dapat giliran yang pertama, maka bulan pertama tu dia akan dapat RM5,000.

Manakala untuk bulan seterusnya, kawan-kawannya akan mendapat bulan bulan seterusnya. Dalam masa yang sama, Saiful pula harus membayar bahagiannya RM1000 .

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Main Kutu Tradisional Masih Lagi Dibenarkan Di Malaysia

Terdapat 2 jenis permainan kutu. Tradisional dan Perniagaan. Sebarang permainan kutu dikalangan kawan-kawan dan keluarga, ia boleh ditakrifkan sebagai jenis tradisional. Keuntungan boleh diraih secara sama rata.

Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia:

“Skim wang kutu tradisional biasanya dianjurkan atas dasar kemasyarakatan dan kepercayaan dalam kalangan jiran tetangga, sahabat handai, saudara-mara atau rakan kerja bagi tujuan mengumpulkan wang mengikut keperluan masing-masing tanpa sebarang keuntungan bagi mana-mana individu,”

Permainan kutu seperti ini masih menerapkan nilai-nilai masyarakat dan kepercayaan.

Namun, kita harus berhati hati kerana ia boleh jatuh haram akibat penyalah gunaan dan penyelewangan golongan yang mengambil kesempatan.

Boleh Jatuh Haram..

Jika kita jadikan permainan kutu sebagai perniagaan boleh dijatuhkan haram.kerana menurut Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971:

“Salah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan…”

Melalui pembacaan dalam seksyen ini, terdapat 2 perkara yang menjadikan aktiviti kutu sebagai haram:

  1. Menjalankan perniagaan kutu
  2. Promosi main kutu/perniagaan

Bagaimana tiba-tiba ada undang-undang yang larang main kutu diniagakan?

Di Malaysia  kutu tu secara tradisional, namun dinegara India ia diniagakan

Terdapat undang-undang di India dimana  yang membenarkan syarikat kutu ni wujud. Perniagaan ni menyediakan platform untuk main kutu kepada para peserta dengan mengenakan yuran. Dari sini kita boleh melihat ada pihak yang memonopoli dari perkongsian orang lain.  Itulah sebabnya undang-undang melarang perkara ni diperkenalkan supaya dapat kekang perkara ini dari berlaku.

Sememangnya betul , undang-undang Malaysia melarang kita dari mempromosikan main kutu. Namun, asas penerangan dalam seksyen tu masih kabur dan boleh putar belitkan.

Hati hati dengan promosi di sosial media seperti dibawah. Terdapat promosi syarikat bermain kutu yang sudah menular di Malaysia.

Contoh main kutu

Kesimpulannya

Sebarang keuntungan dan monopoli dari perkongsian dari bermain kutu boleh diambil tindakan dari SSM dan PDRM.

Boleh dianggap munasabah juga undang undang dikuatkuasakan kerana terdapat kes dimana orang lari dengan duit kutu yang terkumpul. Oleh itu, secara asasnya, undang-undang ni nak melindungi orang tak bersalah dari ditipu atau rugi terutama dengan jumlah ribuan ringgit.

Maka itu elakkan diri dari orang yang cuba perkenalkan perniagaan kutu, Maklumkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk siasat. Bagaimanapun, jika ada yang melarikan diri, korang masih boleh buat laporan polis.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×