Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Negara kita sedang ditimpa bencana alam yang berlaku di kebanyakkan negeri. Sudah tentu sebarang aktiviti diseluruh negara harus ditangguh apatah lagi bila melibatkan masyarakat umum. Mangsa-mangsa yang tergolong sebagai kanak-kanak lah yang menjadi perhatian kerana cuti persekolahan bakal tamat dan mereka dijadualkan akan kembali ke sekolah seperti biasa.
Namun, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin bersama pengurusan tertinggi KPM telah membincangkan jalan penyelesaian baru bagi menyelaraskan keupayaan semua murid untuk hadir ke sekolah bagi tahun 2022.
Segala aspek perlu diperinci dengan telus. Situasi ini amat sukar sama ada bagi mangsa banjir mahupun rakyat lain yang prihatin terhadap suasana getir ini.
Berikut dikongsikan tarikh buka sekolah bagi sesi 2022, untuk makluman bersama terutamanya bagi ibu bapa yang akan mendaftar anak ke prasekolah atau Tahun 1 nanti.
Berita Terkini: Sesi Persekolahan Penggal 3 Dilewatkan Seminggu Akibat Banjir Di Malaysia
Menurut Dr Radzi Jidin, beliau menjelaskan bahawa KPM akan menunda pembukaan sekolah penggal 3 yang sepatutnya bermula pada 2 Januari ini kepada 9 Januari 2022 bagi negeri-negeri Kumpulan A, manakala 10 Januari 2022 bagi negeri-negeri Kumpulan B.
-
- Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu : 9 JANUARI 2022
-
- Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya : 10 JANUARI 2022
Sumber: https://www.facebook.com/DrRadziJidin/videos/639886640477431
Kenyataan Media Berhubung Penangguhan Tarikh Persekolahan Bagi Tahun 2022/2023
*Jadual persekolahan Penggal 3 yang terkini akan dikongsikan oleh KPM melalui siaran media dalam masa terdekat.
Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 KPM
Sesi persekolahan Penggal 3 KPM adalah dijadualkan susulan pandemik, di mana penangguhan ini bertujuan membantu murid-murid supaya dapat sepenuhnya menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sebelum ini.
Dalam kenyataan media sebelum ini, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan ke bulan Mac, berbanding bulan Januari.
Sila rujuk jadual persekolahan Penggal 3 bagi sesi 2021 / 2022 melalui Lampiran 1 dan Lampiran 2 di bawah.
NOTA:
Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu
Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023
Untuk makluman, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan B.
Perkara ini diumumkan oleh KPM.
Rujuk jadual sesi persekolahan bagi tahun 2022 seperti di bawah:
Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022
Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 di bawah: