Kementerian Perumahan Cadang Bantuan Bayaran Rumah Sewa

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menilai rancangan bagi mewujudkan skim bantuan bayaran rumah sewa atau baucar sewa.

Menurut Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib berkata, skim ini diwujudkan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat untuk membawa rumah sewa sepanjang pandemik Covid-19 hari ini.

“Skim ini sedang diperhalusi dan akan diumumkan sebaik sahaja telah mendapat kelulusan kerajaan.

“Kerajaan amat memahami bantuan yang diperlukan oleh segolongan rakyat terutamanya rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19,”

katanya pada sesi pertanyaan yang berlangsung di Dewan Rakyat Isnin lalu

Beliau memberi jawapan balas setelah diberi pertanyaan oleh Datin Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang mencadangkan agar kementerian lebih peka bagi mengusahakan bantuan terhadap golongan berpendapatan rendah yang sukar membayar sewa rumah susulan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan tempoh lalu.

Menurut beliau lagi, KPKT pernah memberi penangguhan sewa selama 21 bulan bermula Mac 2020 hingga Disember 2021 bagi Projek Perumah Rakyat (PPR) Sewa Untuk Dimiliki (RTO) di bawah pengurusan kementeriannya.

Penangguhan itu dikatakan membabitkan 10 projek PPR iaitu sebanyak 4,650 unit rumah.

“Ini antara inisiatif KPKT dalam membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah untuk membayar sewa rumah,”  katanya.

Kredit – Sinar Harian

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×