Ketahui Waktu Kerja & Cara Kira Gaji Lebih Masa | Undang-Undang Buruh

Sebagai pekerja kita harus tahu bagaimana untuk mengira gaji jika kita diminta untuk bekerja lebih masa. Sememangnya HR dan bahagian kewangan syarikat sudah membuat pengiraan berkaitan gaji akan tetapi mengenalpasti bagaimana pengiraan itu dibuat dapat memberikan kita sedikit pendedahan agar kemudian hari kita tidak diperdaya mahupun cuma pekerja yang terlepas pandang. 

Maksud Kerja Lebih Masa

Kerja lebih masa adalah kerja yang dibuat selepas tamat tempoh kerja normal tetapi tidak termasuk kerja-kerja yang dilakukan pada masa hari cuti dan cuti umum. (work done in excess of the “normal hours of work”, However it does not include work done on Rest Days and Public Holidays) – M.N D’Cruz – A Handbook On Malaysian Labour Laws.

 Berapa Jumlah Jam Bekerja Yang Dibenarkan Sehari?

    • Tidak melebihi lapan jam sehari
    • Tidak lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat tidak kurang daripada tiga puluh minit
    • Tidak melebihi tempoh sepuluh jam satu hari
    • Tidak melebihi empat puluh lapan jam dalam satu minggu
    • Tidak boleh melebihi 12 jam sehari bagi pekerja yang bekerja syif

Bagaimana Jika Pekerja Bekerja Pada Cuti Rehat Mingguan?

    • Majikan dikehendaki membuat bayaran kerja pada cuti rehat mingguan seperti berikut:Upah bulanan: Jika bekerja kurang dari separuh jam kerja biasa bayaran bersamaan separuh hari gaji pada kadar upah biasa. jika bekerja lebih dari separuh tetapi tidak melebihi jam kerja biasa bayaran bersamaan satu hari gaji pada kadar upah biasa.Upah harian/jam/kadar: Bekerja kurang dari separuh jam kerja biasa bayaran bersamaan satu hari gaji pada kadar upah biasa. Jika bekerja lebih dari separuh tetapi tidak melebihi jam kerja biasa bayaran bersamaan dua hari upah pada kadar upah biasa

Masa Kerja Yang Biasa (Normal Hours Of Work)

Seksyen yang berkaitan dengan topik ini adalah 60A (1). Menurut seksyen ini perkerja tidak boleh:-

  1. berkerja selama 5 jam berterusan tanpa  rehat sekurang-kurangnya 30 minit
  2. bekerja lebih  dari 8 jam sehari
  3. berkerja melebihi 10 jam sehari termasuk rehat (spread over period of 10 hours)
  4. berkerja melebihi 48 jam dalam seminggu

Pengiraan Gaji Untuk 2 Jenis Kategori

Kadar Gaji Setiap Jam (Hourly Rate Of Pay)

Bagi pengiraan kerja lebih masa, kita perlu tahu terlebih dahulu kadar gaji setiap jam (Hourly Rate Of Pay). Ini kerana OT kita di bayar pada jam-jam yang kita buat selepas tamat masa kerja biasa. Lihat ilustrasi di bawah ini:

A masuk kerja pada pukul 8 pagi dan tamat kerja pada pukul 5 petang. A diberi rehat selama sejam antara pukul 12 tengahari hingga 1 petang. Tempoh masa kerja A (tolak masa rehat) adalah 8 jam. Jika A diminta untuk menyiapkan kerja sehingga pukul 7 malam, maka 2 jam yang digunakan itu perlu dibayar mengikut kadar kerja lebih masa (OT rate).

Seksyen 60I (1) (b) – maksud kadar gaji sejam (Hourly Rate of Pay): Kadar gaji sehari dibahagikan dengan berapa jam masa biasa bekerja.

Kadar Gaji Sehari (Ordinary Rate Of Pay)

Untuk kadar gaji sehari (ORP), seksyen yang berkaitan adalah Seksyen 60 I (1) (a) dan 60 I (1B), (1C):

Untuk mereka yang menerima gaji hari (daily-rated employees):

Kiraan perlu dibuat kepada gaji yang diterima oleh mereka dalam tempoh gaji sebelumnya (wage period), i.e samada secara bulanan atau mingguan dsb.  Ia juga tidak termasuk bagi insentif yang diterima bagi kerja lebih masa atau kerja diwaktu cuti atau cuti umum.

Jumlah gaji ini kemudianya dibahagikan pula dengan jumlah sebenar hari mereka bekerja pada tempoh gaji tersebut.

 

Maksud Gaji Di Bawah Akta Pekerjaan 1955:

Gaji pokok dan lain-lain pembayaran tunai kepada pekerja bagi kerja-kerja yang dilakukan mengikut kontrak pekerjaannya (kerja yang tidak berkaitan dengan kontrak kerja tidak termasuk dalam definasi gaji. Rujuk: Lee Fatt Seng v Harper Gilfillan Sdn Bhd [1988] 1 CLJ 270; [1988] 1 CLJ (Rep) 156 Wan Hamzah SCJ)  tetapi tidak termasuk:-

  • Nilai pada mana-mana faedah seperti perumahan, makanan, minyak, eletrik, air, perubatan dsb.
  • Mana-mana sumbangan  yang dibayar oleh majikan untuk kebajikan pekerja seperti tabung pencen, simpanan pekerja, skim persaraan dll.
  • Elaun perjalanan dan nilai konsesi perjalanan
  • Pembayaran kepada pekerja bagi perbelanjaan khas seperti entertainment allowances dsb.
  • Gratuiti atau bayaran bagi penamatan perkidmatan atau pencen.
  • Bayaran bonus tahunan atau mana-mana bahagian pada bonus tahunan.

Kiraan Kerja Lebih Masa (Rate Of Payment For Overtime Work)

Pekerja OT Pada Hari Biasa OT Pada Hari Rehat/Cuti OT Pada Cuti Umum
Gaji Bulanan 1½ x HRP (Kadar Gaji Sejam Yang Biasa) Jika OT selama 4 jam atau kurang:½ hari gaji pada ORP (Gaji Biasa Sehari)

Jika melebihi 4 jam:1 hari gaji pada ORP Melebihi 8 jam:2x HRP

8 Jam atau Kurang:2x Gaji pada ORP

Melebihi 8 jam:3x ORP

Gaji Harian 1½  x HRP 4 jam atau kurang:1 hari gaji pada ORP

Melebihi 4 jam:2x Gaji pada ORP

Melebihi 8 jam:Tidak kurang dari 2x HRP

8 jam atau kurang:2x gaji pada ORP

Melebihi 8 jam:3x HRP

Gaji Mengikut Kadaran / Piece Rate 1½ Gaji pada ORP 2x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece) 8 jam atau kurang:2x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece)

Melebihi 8 jam:3x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece)

Anggapan: Masa kerja sehari = 8 jam

 

Semoga perkongsian ini memberi pendedahan sedikit sebanyak tentang bagaimana mengira gaji anda.

Leave a Comment