Ketahui Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 Hujung Tahun Ini!

Buat pengetahuan anda, pada 20 September lalu, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa 3 telah diberikan pada mereka yang layak.

Jangan risau jika anda masih belum menerima, kerana pembayaran sedang diagihkan kepada semua penerima secara berperingkat sehingga 27 September 2022.

Namun , bayaran akhir BKM Fasa 4 akan diteruskan dengan jumlah dan bayaran berbeza.

Fasa Pembayaran BKM

Fasa 1: Bayaran dibuat bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN

Fasa 2: Bayaran dibuat bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan secara tunai di cawangan BSN

Fasa 3: Dijangkakan dibuat pada hujung bulan Ogos atau awal bulan September 2022

Fasa 4: Pembayaran akan bermula pada Disember 2022

Update Terbaharu Pembayaran BKM Fasa 3

Jadual rasmi telah dihebahkan oleh LHDN, kemaskini akaun akan dibuka pada bermula 8 September 2022.

Pembayaran BKM Fasa 3 barangkali akan bermula pada 5 – 9 September 2022. Namun ia tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Jumlah Bayaran BKM Bagi Setiap Kategori

Setiap kategori akan mendapat bayaran pada pembayaran fasa 4 BKM ini tidak termasuk golongan bujang yang berumur 59 tahun ke bawah.

Bilakah Tarikh Pembayaran?

BKM Fasa 4 dijangka berlaku pada minggu ke empat bulan Disember 2022.

Cara Semak BKM

    • Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
    • Klik Semakan Status
    • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
    • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4,sila layari bkm.hasil.gov.my

 

Leave a Comment