Kerajaan Setuju Beri Bantuan RM10,000 Untuk Beli Motosikal – Mohon Sekarang

Bantuan pembiayaan membeli motosikal sehingga Rm10,000 ini merupakan inisiatif yang kini disediakan oleh kerajaan Madani pada tahun ini untuk manfaat rakyat. Untuk makluman, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM10,000.

Mohon Juga :

BANTUAN PEMBIAYAAN UNTUK MEMBELI MOTOSIKAL

Berdasarkan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban golongan sasar yang terjejas, pelbagai jenis bantuan telah disediakan. Salah satunya ialah bantuan dalam membiayai pembelian motosikal.

Program khas ini diuruskan sepenuhnya oleh sebuah agensi di bawah kerajaan iaitu TEKUN Nasional. Mereka yang ingin membaiki atau membeli motosikal baru boleh memohon pembiayaan khas ini.

TEKUN Nasional kini memperkenalkan program Tekun Mobileprenuer 4.0 di mana orang yang memerlukan boleh memohon bantuan pembiayaan sehingga maksimum RM10,000 secara sekali sahaja.

Pada asasnya skim khas ini adalah pembiayaan modal untuk usahawan perkhidmatan penghantaran. Yang menggunakan kenderaan jenis motosikal yang merangkumi tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal baru
  • Membaiki motosikal sedia ada
  • Modal kerja

KADAR BANTUAN PEMBIAYAAN BELI MOTOR

Untuk makluman, TEKUN Nasional telah menetapkan kadar pembiayaan yang ditawarkan. Jumlah bantuan yang boleh dipohon adalah minimum RM1,000 sehingga maksimum RM10,000.

SYARAT KELAYAKAN

Di bawah telah disediakan senarai syarat kelayakan asas untuk permohonan bantuan pembiayaan melalui Tekun Mobileprenuer 4.0 seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia (Bumiputera/India)
  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah dan masih aktif
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (Tempoh pembiayaan berakhir sehingga 65 tahun)
  • Mempunyai temu janji yang sah daripada mana-mana syarikat e-hailing berdaftar
  • Individu/pemohon bukan bankrap
  • Mempunyai motosikal sendiri (Untuk kategori pembaikan dan modal pusingan)
  • Serahkan dokumen asal sebut harga daripada pembekal yang sah (Untuk kategori
  • pembelian motosikal)
  • Setiap pemohon perlu mematuhi garis panduan dan terma yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)

GARIS PANDUAN CARA MENDAFTAR PERMOHONAN

Bagi mereka yang berkelayakan atau mempunyai ahli keluarga yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat pada tahun 2023. Panduan cara mendaftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi TEKUN Mobileprenuer 4.0 – DI SINI

Leave a Comment