Kuala Lumpur: Setakat ini, kerajaan telah pun pertimbangkan pembayaran i-Citra secara One Off dengan memperhalusi dan mengkaji cadangan untuk menaikkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)melalui program i-Citra.
Menurut timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa, pertimbangan itu melibatkan semua bentuk dan aspek bantuan yang telah salurkan dan yang akan disalurkan kepada rakyat dimasa hadapan.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
“Pertimbangan terhadap kenaikan had pengeluaran i-Citra perlu mengambil kira keperluan untuk mengimbangi antara keperluan semasa dan kepentingan simpanan persaraan untuk masa hadapan dengan kadar negara dijangka mengalami penuaan penduduk pada 10 hingga 15 tahun akan datang,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu yang lepas.
Sebagai peringatan, pengeluaran i-Citra telah diperkenalkan sewaktu pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tarikh 28 Jun 2021 . Ia ialah sebagai inisiatif jangka masa pendek untuk mengurangkan beban ahli yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Setakat ini, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.
Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan)lah yang telah mencadangkan supaya had pengeluaran i-Citra dinaikkan daripada RM5,000 ke RM10,000 dengan syarat kerajaan mestilah bersungguh memulakan usaha untuk menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaan disyarikat miliknya.
Selain itu, beliau juga mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan skim i-Survive dengan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai.
Yamani juga berkata cadangan tersebut telah dipertimbangkan sebagai usaha untuk menambah kuasa membeli pada rakyat dalam kehidupan seharian.
Bukan itu saja, kerajaan juga menawarkan pelbagai jenis bantuan dengan sasaran kumpulan yang benar-benar memerlukan.
“Ia termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC), serta bantuan kehilangan pekerjaan dengan jumlah keseluruhan peruntukan bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM17.1 bilion.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15.2 bilion telah disalurkan kepada akaun penerima,” katanya.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga akan berbincang berkenaan cadangan dimana untuk menaikkan siling perbelanjaan Kumpulan Wang Covid-19 sehingga RM110 Billion pada hujung tahun ini.
Pemuda Umno , Asyraf sedar simpanan wang KWSP ialah untuk perancangan masa tua. Akan tetapi, ia juga boleh digunakan waktu ini untuk digunakan sebagai alternatif mengurangkan beban kewangan rakyat itu sendiri.
“Suasana kecemasan musim penyakit berjangkit Covid-19 sangat memerlukan pelbagai pendekatan yang mendesak terutamanya bagi menjaminkan jaringan keselamatan sosial rakyat ” dalam satu kenyataan rasmi menurut Datuk Asyraf Wajdi.
Sepanjang pandemik Covid-19 di negara kita , ramai rakyat yang hilang sumber pendapatan akibat banyak sektor pekerjaan ditutup untuk membendung covid-19 terus menular. Bahkan peniaga kecil berhempas pulas dalam meraih pendapatan.
Rakyat banyak terkesan dengan bil-bil yang harus dibayar, sewaan yang perlu dijelaskan dan lagi memilukan bila para ibu bapa yang menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Maka dari itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , Datuk Seri Amirah Hmaazah Azizan pada hari selasa yang lepas , ada beberapa perkara cadangan yang telah dibincangkan oleh Pemuda Umno bagi menangani isu menampung kembali kelompangan simpanan KWSP. Supaya dihari tua kelak, rakyat tidak akan tercungap cungap mendapatkan semula simpanan wang KWSP.
Cadangan yang diutarakan ialah meningkatkan kadar caruman wajib majikan bagi tempoh tertentu serta meluaskan caruman ‘Mandatory Coverage ‘ terutama kepada sektor informal seperti gig ekonomi.
Sumber : Awani