Pengeluaran Wang KWSP Untuk Tunai Haji

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang diwujud dan ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Kumpulan Simpanan Wang Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahli / pencarum melalui pengurusan simpanan secara cekap dan boleh dipercayai.

Namun begitu, selain daripada pengeluaran untuk pembeliaan rumah dan bayaran sewa bulanan, apa yang anda perlu tahu juga adalah pihak KWSP turut menyediakan kemudahan pengeluaran untuk menunaikan haji ke tanah suci bagi yang mereka yang beragama Islam.

Kemudahan tersebut akan menggunakan baki simpanan wang KWSP masing-masing. Sila baca sehingga akhir untuk mengetahui maklumat penuh.

Untuk makluman, pihak Tabung Haji telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995. Jadi, pendeposit Tabung Haji yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dilakukan.

Ini sekaligus bermaksud, kesemua Pendeposit yang telah membuat pendaftaran haji akan layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi mereka untuk menunaikan haji.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

 

Kelayakan Pendaftaran Menunaikan Fardhu Haji Menggunakan Wang Simpanan KWSP

Sila rujuk syarat kelayakan yang diperlukan seperti di bawah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang simpanan  KWSP:

    • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
    • Mestilah beragama Islam
    • Mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya RM 1,300 dalam Akaun 1 KWSP
    • Belum mencapai umur 55 tahun
    • Mestilah memiliki akaun simpanan Tabung Haji

Langkah Pendaftaran

Untuk melakukan pendaftaran, ahli dan pencarum tidak perlu mengisi apa-apa borang. Apa yang hanya perlu dibuat adalah dengan datang dan menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Tabung Haji dengan membawa bersama Kad Pengenalan untuk semakan.

Sila bawa bersama penyata akaun KWSP yang boleh diperolehi melalui i-Akaun KWSP sedia ada dan kemudian muat turun.

Semoga dengan kemudahan ini dapat kita menyempurnakan rukun islam ini.

Haji kwsp

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji melalui caruman KWSP, sila rujuk laman sesawang rasmi dengan menekan pada pautan KWSP.

Leave a Comment