RASMI 2022 | Murid Sekolah Dibenarkan Hadir Tanpa Giliran

RASMI 2022 | Murid Sekolah Rendah Dibenarkan Hadir Tanpa Giliran

Kerajaan telah menjalankan pemerhatian terhadap pengoperasian Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah pada 21 Mac dan 4 April yang lalu. Berdasarkan hasil kajian, KPM telah menetapkan bahawa murid sekolah rendah akan dibenarkan hadir ke sekolah tanpa sistem pergiliran pada tarikh dibawah:

Negeri-negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu : 17 April 2022 (Ahad)

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Negeri-negeri Kumpulan B – Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor : 18 April 2022 (Isnin)

Berdasarkan kenyataan Dr Radzi, pihak KPM telah berbincangkan dengan teliti dan dalam tempoh yang panjang agar dapat menghasilkan keputusan yang bijak dengan mengambil kira keselamatan murid-murid dan seluruh warga sekolah.

Begitupun, peraturan SOP yang ditetapkan wajib diikut berikutan murid-murid sudah dibenarkan bersemuka dan berada dalam jarak yang dekat dalam sesi persekolahan.

Beliau juga meminta kerjasama para penjaga dan ibu bapa agar dapat memastikan pematuhan SOP.

Video dibawah ialah video ucapan Dr Radzi Jidin :

Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin

 

Leave a Comment