Kasih Ibu Smart Selangor | Bantuan RM2400 Setahun
Kasih Ibu Smart Selangor atau KISS ialah program kebajikan khas bagi para ibu yang berada di Selangor yang mempunyai pendapatan rendah dimana kurang daripada RM2,000 sebulan.
Tujuan program ini adalah bagi mengurangkan beban pembelanjaan dengan bantuan RM200 untuk membayar keperluan asas.
Jangkaan sebanyak 30,000 para ibu akan mendapat manfaat ini.
Terkini, pihak kerajaan negeri Selangor telah membuat pengumuman tentang penambahan 5,000 penerima sepanjang tahun 2020 dan 2021.
Apa Itu Kasih Ibu Smart Selangor
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup untuk kaum ibu yang tergolong dalam kategori B40.
Manfaat Bantuan
-
- RM200 pembelian barangan keperluan asas.
- Kad Kiss boleh digunakan di banyak kedai/pasaraya.
- Urusniaga pembelian secara cashless.
- RM200 akan ditambah dalam kad setiap bulan secara automatik.
Kaedah Penggunaan Kad KISS
-
- Anda boleh pergi ke mana-mana kedai / pasaraya berdaftar
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli
- Beri kad KISS kepada juruwang di kaunter pembayaran
- Semak baki kad sebelum buat pembayaran
- Juruwang akan merekod setiap barangan yang dipilih
- Hanya barangan tersenarai di bawah layak menggunakan kad KISS
- Peserta perlu menekan nombor pin
- Resit akan dicetak dan memaparkan baki awal & akhir kad KISS
Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Telah Diluluskan
Di bawah adalah antara barangan keperluan asas yang telah diluluskan untuk program KISS:
-
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun, kelangkapan mandian dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya
Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.
Sila tekan KLIK DISINI untuk muat turun dan mendapatkan panduan harga.
Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
Borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman web Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) KLIK DISINI untuk Laman web ATAU Sila tekan pautan ini KLIK DISINI untuk terus ke laman muat turun. Sekiranya anda gagal memuat turun borang, sila pergi ke pejabat-pejabat di bawah untuk mendapatkan borang pendaftaran tersebut:
-
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung
- Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
Syarat Kelayakan Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
Sila rujuk syarat kelayakan permohonan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) seperti di bawah:
-
- Warganegara Malaysia
- Dilahirkan di Selangor ATAU menetap di Selangor melebihi 10 tahun ATAU pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan
Untuk makluman, Kad KISS perlulah diaktifkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Sila rujuk langkah di bawah untuk pengaktifan kad KISS secara online atau SMS. Ikuti langkah di bawah:
-
- Pengaktifan Online
- Layari laman web rasmi KISS di www.kiss.com.my
- Klik pada “Pengaktifan Kad”
- Pengaktifan SMS
- Taip WBC<jarak>ACT<jarak>No-Kad-KISS<jarak>No-CVV<jarak>Nama<jarak>Nombor Kad Pengenalan
- Hantar ke 33555
- Pengaktifan Online
Cara Daftar KISS Secara Online
Mudah sahaja cara pendaftarannya, anda boleh mohon secara dalam talian (online) atau secara manual (hantar borang).
Secara Dalam Talian
- Pergi ke laman rasmi https://secure.kiss.com.my/.
- Isi setiap maklumat peribadi yang diperlukan dengan betul.
Secara Manual
- Download borang pendaftaran di bawah.
- Serahkan borang yang telah lengkap diisi ke Pejabat Ahli Dewan Negeri/ Penyelaras Dewan Negeri/ atau Pejabat Exco Kebajikan Negeri Selangor yang berdekatan.
- Bawa sekali dokumen-dokumen penting & sokongan yang diperlukan.
Semakan KISS Selangor 2021
Bagi yang sudah buat permohonan secara online atau manual, anda boleh semak kelayakan dan status anda secara dalam talian di : https://kiplepay.com/cards/card-activation
Disana juga ada kemudahan untuk mengaktifkan kad di laman tersebut.
Maklumat www.kiss.com.my
Pengunaan kad ini mudah iaitu bawa kad ini ke kedai/pasaraya yang telah berdaftar.
Pilih barang-barang keperluan asas untuk dibeli kemudian tunjukkan kad KISS kepada cashier/ juruwang.
Masukkan nombor PIN dan resit pembelian akan dikeluarkan. Mudah sahaja kan.
Info Lanjut
Untuk lihat senarai penuh kedai/ pasaraya yang menerima Kad Kiss ini, sila lihat senarai di sini :
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
No Telefon : 1-800-22-6600