Kalau Dengar 5 Jenis Bunyi Ini Bila Pandu Kereta, Petanda Ada Yang Rosak

Macam penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh dikesan antaranya daripada bunyi-bunyi pelik yang dihasilkan.

Jadi kalau pandu kereta dan terdengar bunyi-bunyi yang lain dari kebiasaan di beberapa bahagian kereta pastikan ia tidak abaikan. Itu petanda ada kerosakan. Lebih baik periksa di bengkel sebelum terlambat dan kos kerosakan makin tinggi.

Artikel Menarik :

1. Bunyi ketukan pada bahagian tayar

Bunyi ini mungkin disebabkan masalah pada absorber atau penyerap hentakan. Komponen ini penting untuk memastikan tayar kereta bersentuhan dengan permukaan jalan dan menyerap hentakan bagi melancarkan pemanduan.

Absorber yang rosak boleh menjejaskan kawalan brek dan kenderaan anda.

Bunyi ketukan di bahagian tayar

2. Bunyi seperti siulan terutamanya ketika pusing di selekoh

Apabila kereta mengeluarkan bunyi seperti siulan dan geseran terutamanya ketika mengambil selekoh, kereta anda mungkin mengalami masalah bearing tayar atau timing belt. Timing belt yang terlalu ketat atau tidak berfungsi dengan baik boleh membuatkan enjin kereta anda rosak serta merta.

3. Bunyi besi bergeser setiap kali tekan brek

Jangan ambil mudah bunyi ini kerana ianya menandakan brek pad anda sedang menipis dan haus terutamanya jika bunyinya seakan geseran besi. Sangat bahaya ya! Cengkaman brek berkurangan bukan sahaja bahaya untuk pemanduan tetapi boleh merosakkan cakera brek.

4. Bunyi nyaring dari bahagian bonet

Berkemungkinan besar disebabkan masalah pada timing belt yang mengawal sistem asas kenderaan. Timing belt yang rosak perlu ditukar segera, kerana komponen ini boleh menjejaskan komponen lain jika tidak dibaiki segera!

5. Ekzos mengeluarkan bunyi kuat ketika memecut

Jika bunyinya datang dari bahagian bawah kenderaan dan semakin kuat bila anda memecut, mungkin disebabkan kebocoran pada ekzos. Jangan ambil mudah, kebocoran ekzos ini boleh menyebabkan penumpang terdedah kepada pencemaran karbon monoksida.

Info Lanjut

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda, sila share dan kongsikan artikel ini kepada mereka yang lain. Terima Kasih.

Leave a Comment