Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Zakat fitrah ialah ibadah yang wajib ditunaikan pada bulan Ramadhan. Semua islam diwajibkan untuk melaksanakan pembayaran. Masih ada yang tak jelas apa itu zakat Fitrah dan berapakah kadar bayaran perlu dibayar bagi setiap individu di Malaysia.
Mari lihat kami sediakan maklumat apa itu zakat fitrah serta bayaran setiap negeri bagi tahun 2022.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Apakah Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah ialah jenis ibadah yang diwajibkan ke atas semua invididu baik lelaki atau perempuan yang memiliki kemampuan bersama syarat syarat tertentu.
Kadar dan zakat fitrah disamakan dengan segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hal ini juga berdasarkan hadith daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A katanya:
كُنَّا نُخْرِجُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ. وَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَكَانَ طَعَامَنَا الشَّعِيرُ وَالزَّبِيبُ وَالأَقِطُ وَالتَّمْرُ
Maksudnya: “Pada zaman Rasulullah SAW kami mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya sebanyak segantang makanan. Gandum, kismis, keju dan tamar ialah makanan kami.”
Riwayat al-Bukhari (1439)

Kiraan gantang yang diaplikasikan pada zaman Rasullullah SAW sama nilai dengan 4 cupak beras. Ia adalah bersamaan dengan sukatan 3 liter atau kira-kira 2.4kg. Berdasarkan sukatan segantang adalah lebih kurang 2.75kg.
Jika gandum ialah makanan asas bagi penduduk dinegara tertentu, maka zakat fitrah waji atas individu ialah sebanyak 3 liter.
Hukum Zakat Fitrah & Golongan Wajib Bayar
Zakat fitrah adalah sebuah kewajiban ke atas dirinya sendiri dimana setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Golongan dimaksudkan itu adalah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Apakah Hikmah Membayar Zakat Fitrah?

Bilakah Tempoh Bayaran Yang Patut Dibuat?
Jenis zakat ini hendaklah dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal namun sebelum menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri.
Hukum keluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau dipertengahannya mempunyai beberapa pendapat:
- Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
- Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
- Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
- Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
- Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.
*Sumber: Mufti WP
Berapakah Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri ?
Berikut ialah kadar bayaran bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2022 bersamaan 1442 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:
Negeri | Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2021 |
Perlis | RM7.00 |
Kedah | RM7.00/ RM14.00 / RM21.00 |
Pulau Pinang | RM7.00/ RM13.00 / RM20.00 |
Perak | RM7.00/ RM14.00 / RM21.00 |
Selangor | RM7.00/ RM14.00 / RM21.00 |
Negeri Sembilan | RM7.00 |
Melaka | RM7.00 / RM14.00 / RM21.00 |
Johor | RM7.00 / RM10.00 |
Pahang | RM7.00 |
Terengganu | RM7.00 |
Kelantan | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 |
Sarawak | RM7.00 |
Sabah | RM7.00 |
WP Kuala Lumpur | RM7.00 / RM14.00 / RM21.00 |
NOTA:
- Negeri Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Pembayar zakat dibenarkan memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan.
- Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang memilih makanan harian mereka , beras daripada jenis super tempatan jadi perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan selainnya.
Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang memiliki kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Apakah Platform Pembayaran Zakat Online?
Terdapat variasi aplikasi yang memberi akses pembayaran zakat secara online.
Antaranya Shopee, Maybank2u dan bermacam lagi.
Terdapat juga langkah pembayaran zakat melalui portal zakat negeri masing-masing. Lihat pautan seperti dibawah:
- Negeri Johor
- Negeri Kedah
- Pautan : JomFitrah (zakatfitrah.com.my)
- Negeri Melaka
- Negeri Kelantan
- Negeri Pahang
- Negeri Sembilan
- Pulau Pinang
- Negeri Perlis
- Pautan : MAIPs Online Zakat Payment
- Negeri Perak
- Negeri Sabah
- Pautan : Log Masuk Orang Awam (sabah.gov.my)
- Negeri Sarawak
- Negeri Selangor
- Pautan : ezakatPAY (zakatselangor.com.my)
- Negeri Terengganu
- Pautan : ePay@MAIDAM
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Pautan : Bayar Zakat Fitrah Secara Online