Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Berapakah agaknya jumlah bayaran BKM yang diterima dalam setiap kategori – Bujang, Keluarga & Warga Emas.
Berikut dikongsikan jadual tersebut untuk rujukan bersama.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
4 Fasa Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia
Fasa 1
Tarikh bayar fasa 1 BKM adalah seperti :
- Ada akaun bank – Mulai 28 Mac 2022 secara berperingkat. (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan sewaktu permohonan BKM 2022).
- Tiada akaun bank – Mulai 30 Mac 2022 secara tunai di Cawangan BSN
- Pedalaman Sabah / Sarawak – Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Fasa 2
Tarikh pembayaran BKM Fasa 2 adalah pada Jun 2022.
Fasa 3
Tarikh pembayaran BKM Fasa 3 adalah pada September 2022.
Fasa 4
Tarikh pembayaran BKM Fasa 4 adalah pada Disember 2022.
Jumlah Pembayaran BKM Bagi Setiap Kategori
Jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Terdapat beberapa fasa untuk pembayaran iaitu dibayar sebanyak 4 kali dalam tahun 2022. Untuk maklumat lanjut tentang pembayaran BKM bagi Fasa 1 hingga Fasa 4.
Soalan Lazim
-
- Bilakah pendaftaran BKM 2022 dibuka?
Pendaftaran bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).
- Bagaimanakah cara membuat Permohonan BKM 2022?
Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /
App Store pada telefon bimbitii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM - Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.
- Bilakah pendaftaran BKM 2022 dibuka?
Jenis Kategori & Jumlah Bayaran
Kategori Isi Rumah
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- Tiada anak: RM1,000
- 1 – 2 anak: RM1,500
- Anak melebihi 3: RM2,000
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
- Tiada anak: RM400
- 1 – 2 anak: RM600
- Anak melebihi 3: RM800
Kategori Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
- Tiada anak: RM600
Kategori Bujang
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Tiada anak: RM350

Tarikh Rasmi Bayaran BKM
Sebagai pengetahuan anda, bayaran bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang akan bermula pada 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 yang akan terus dikreditkan ke akaun bank.
Tarikh Permohonan Rayuan Dimulai Pada 2 Mei Dalam Tempoh Sebulan
Sumber: https://bkm.hasil.gov.my