- Pergi website Touch n Go, dan klik di bahagian ‘E-refund’
- Disarankan, sebaik saja anda dapat kad TNG, terus daftar online sebab proses e-Refund Touch n Go memerlukan 10 nombor yang tertera di belakang kad TNG anda.
- Kerana kalau anda dah daftar dan log in, anda boleh semak berapa baki dan boleh nak top up apa sahaja.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Kad Touch N Go Dah Expired Tapi Boleh Refund ? | Lihat Cara Bagaimana
3. Setalah mendaftar kad Touch ‘n Go anda di MyTouchnGo Portal, anda boleh mengurus kad dengan melihat transaksi anda, semak e-penyata dan kemas kini maklumat peribadi serta mendapat balik baki jika kad yang hilang atau dicuri.
4. Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:
- Pemegang Akaun Malaysia
- Pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
- Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
- Pemegang Akaun Asing
- Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
- Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
- Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
- Touch ‘n Go eWallet
- Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
- Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
5. Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam masa 30 hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.
6. Bagi permohonan e-Refund buat kad Touch ‘n Go yang hilang atau dicuri, jumlah pembayaran balik baki kad adalah berdasarkan kepada jumlah nilai yang direkodkan pada tarikh permohonan e-Refund tersebut.
- Emel: careline@touchngo.com.my
- Twitter @MyTouchnGo