Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Temujanji Online JPJ Dihentikan, Dibenarkan WALK-IN Mulai 6 Sept 2021.
MAKLUMAN : Pihak JPJ akan menamatkan sistem temujanji dalam talian (online) bermula pada 6 September 2021 agar memberi peluang kepada pelanggan yang sudah lengkap vaksinasi untuk berurusan di kaunter.
DS Wee Ka Siong iaitu selaku Menteri Pengangkutan telah mengucapkan dan memaklumkan perkara ini melalui sebuah kenyataan media baru-baru ini.
Para Pelanggan yang memiliki urusan saman mahupun urusan lain dikaunter JPJ haruslah sudah divaksinasi dengan lengkap. Peraturan ini diwujudkan semata-mata adalah sebagai langkah waspada demi mengekang jangkitan virus Covid-19 serta menjaga kesihatan dan juga keselamatan orang ramai termasuk kakitangan JPJ yang bertugas.
Pada masa yang sama, pelanggan mesti menunjukkan paparan status diri yang menunjukkan diri berada dalam keadaan Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera .Jika gagal berbuat demikian tidak akan dibenarkan untuk berurusan di kaunter.
Pelanggan boleh menggunakan langkah alternatif bagi mengelakkan kesesakan di kaunter untuk memperbaharui lesen dan roadtax anda seperti berikut:
-
- Lesen memandu luput semasa PKP? MySikap (JPJ) perbaharui lesen secara online. KLIK DISINI
- Cara Renew Lesen Memandu Online Melalui MyEG. KLIK DISINI
Pihak MOT pada masa yang sama turut memberitahu serta memberi peringatan kepada orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berurusan di mana-mana kaunter JPJ. SOP mesti dipatuhi sebagai langkah baru (new normal) bukan sahaja semasa membuat urusan di kaunter tetapi juga di tempat-tempat lain. SOP yang wajib dipatuhi adalah termasuk pemakaian pelitup separuh muka (face mask), menggunakan cecair pembasmi atau penghapus kuman (hand sanitizer), mengamalkan penjarakan fizikal (social distancing) dan mendaftar masuk atau ‘check-in’ dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.
Anda boleh rujuk kenyataan penuh daripada pihak MOT dengan merujuk kepada kenyataan seperti di bawah:
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai urusan di kaunter anda boleh terus berhubung dengan pihak JPJ :
Layari portal MySikap KLIK DISINI
Tel : +603-8000 8000