Jenis Geran Rumah & Langkah Untuk Dapatkan Geran

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Tedapat 3 jenis geran rumah iaitu 

1. Individual title (Geran Rumah Individu)

Ia adalah geran jenis rumah landed seperti banglo, doublestorey, teres setingkat dan seumpama dengannya. Geran ini atas nama pemilik rumah persendirian.

2. Master title (Geran Induk) 

Geran ini adalahgeran kategori rumah yang masih baru tempoh VP dan bertingkat seperti apartment/condo iaitu pemajunya masih belum tukar status kepada geran strata. Geran ini masih nama pemaju.

3. Strata Title (Geran Rumah Strata)

Geran ini adalah untuk bangunan bertingkat seperti apartment/condo dimana pemaju telah menukar status geran kepada strata. Geran Strata akan memaparkan nama pemilik itu.

Cara tukar nama geran dan kosnya

geran rumah

Bagaimanakah Cara untuk dapatkan Geran rumah?

*Untuk pengetahuan anda geran asal ini hanya boleh di ambil jika sudah langsai membayar pinjaman .

Urusan ini dipanggil Discharge of Charge ataupun Melepaskan Gadaian. Anda boleh melantik mana-mana Peguam untuk menguruskan hal ini. Setelah itu, apa yang perlu dilakukan adalah :

    1.  Sediakan maklumat dan dokumen yang diperlukan seperti salinan Kad Pengenalan(MyKad) pembeli(pemilik) dan juga pemilik kedua (jika ada), Sale & Puchase Agreement Hartanah, Loan Agreement, Salinan Resit pembayaran cukai tanah dan pintu untuk tahun terkini dan dokumen berkaitan yang diminta peguam anda.
    2. Kemudian, Peguam anda akan menyediakan surat perlantikan dan perlu ditandatangani surat tersebut dan surat dihantar kepada bank. Disamping itu, Peguam akan hantar pada bank untuk memohon Borang 16N bagi tujuan gadaian, geran asal dan dokumen lain yang terlibat akan diuruskan.
    3. Selesai urusan Peguam bersama Bank, Peguam akan menghantar dokumen berkenaan untuk taksiran di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jika Peguam anda mohon untuk pembayaran cukai, ia hendaklah dijelaskan dahulu bagi proses akan berjalan dengan lancar.
    4. Setelah selesai semua diatas dah settle, Peguam anda akan membuat pendaftaran untuk melepaskan gadaian di pejabat tanah. Biasanya, proses ini memakan masa selama 2 minggu ke 1 bulan (maksima)
    5. Selasai pemprosesan melepaskan gadaian di Pejabat Tanah, rumah tersebut serta merta adalah hak milik anda.

Itu sahaja dari Portalinfo. Semoga artikel ini membantu anda.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×