Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awan Tahun 2024

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awan Tahun 2024. Berikut adalah jadual TARIKH GAJI  2024 PENJAWAT AWAM dan maklumat terkini mengenai peningkatan gaji bagi penjawat awam pada tahun 2024.

Baca juga Disini –> MySARA : Bantuan Tambahan STR RM100 Telah Mula Dikreditkan

Jadual Tarikh Gaji

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji 2024:

NOTA PENTING : Satu tarikh pembayaran gaji untuk seluruh negeri.

Bulan Tarikh Hari Catatan
Januari 24.01.2024 Rabu Hari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari 23.02.2024 Jumaat Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac 25.03.2024 Isnin
April 25.04.2024 Khamis Hari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei 24.05.2024 Jumaat Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun 13.06.2024 Khamis Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)
Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai 19.07.2024 Jumaat
Ogos 23.08.2024 Jumaat
September 25.09.2024 Rabu
Oktober 24.10.2024 Khamis Hari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November 25.11.2024 Isnin
Disember 19.12.2024 Khamis Hari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)

Info Kenaikan Gaji Penjawat Awam

PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan gaji penjawat awam akan dinaikkan, dengan pengumuman mengenainya dibuat sebelum hujung tahun ini.

“Dalam tahun ini, kita juga akan cari jalan untuk naikkan gaji penjawat awam sebelum (akhir tahun).

“Kenapa (gaji) tak naik tahun 2020, tak naik 2021 dan tak naik 2022 dan nak tunggu kita baru naik. Itu tidak mengapa sebab kita dengar keluhan orang ramai (penjawat awam) dan Alhamdulillah (kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan) berita baik (kenaikan gaji) kita (bakal) umumkan dalam beberapa bulan akan datang selewat-lewatnya pada Belanjawan (2025),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani di Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau meminta rakyat meneliti ucapan Belanjawan 2025 sama ada pengumuman berhubung kenaikan gaji terbabit akan dibuat pada ketika itu.

“Saya tidak akan bagi tahu bila saya akan umum. Oleh itu dengar sampai habis (pembentangan belanjawan) itu nanti,” katanya.

Terdahulu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat dilaporkan berkata, kedudukan gaji penjawat awam pada masa ini dilihat tidak mampu menampung beban perbelanjaan, susulan peningkatan kos sara hidup yang semakin ketara.

Beliau berkata, justeru langkah menaikkan gaji penjawat awam wajar dilaksanakan segera tanpa perlu menunggu pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

 

Leave a Comment