Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Sudah menjadi kelaziman pada masyarakat kita, sang suami keluar mencari rezeki manakala si isteri duduk dirumah mengasuh anak dan mengemas rumah. Dunia semakin berevolusi dan kenyataan itu sudah lapuk. Para isteri atau golongan wanita masih bekerjaya meskipun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Status ibu tidak menghalang mereka untuk mengejar cita-cita mereka.
Kebegantungan wang pendapatan si suami kadangkala tidak relevan untuk situasi tertentu. Misalnya, barangkali si suami tidak berkemampuan untuk menyara keluarganya kerana bergaji kecil atau sekadar cukup makan.
Join group Tips Penjimatan Untuk Keluarga -> Group Whatsapp
Oleh itu, isteri berperanan membantu ekonomi keluarga. Meskipun begitu, tidak semestinya si isteri diwajibkan bekerja. Menjadi suri rumah juga mempunyai kuasa dalam meraih pendapatan.
Menurut sebuah artikel dalam Majalah TIME, ramai tidak mengetahui bahawa pendapatan seorang surirumah boleh mencecah sehingga $65,283.81/tahun atau sekitar RM288 000 pada waktu artikel ini ditulis.
Ikut kami kongsikan bagaimana si isteri boleh membantu kewangan keluarga walaupun tanpa slip gaji.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Bekerja
Mari kita mulakan secara asas terlebih dahulu. Jika anda sebagai seorang isteri memilih kerjaya berbanding menjalankan tugas harian suri rumah, tidak menjadi kesalahan. Asalkan anda berbincang bersama dengan suami soal pengurusan rumah dan anak-anak. Kebanyakkan pasangan suami isteri dalam situasi ini melantik pengasuh untuk menjaga kebajikan anak mereka atau mengunakan khidmat pusat penjagaan kanak-kanak sementara mereka keluar bekerja.
Memasak Makanan Ringkas
Sebagai suri rumah, selalu termenung memikirkan apa yang perlu dimasak hari ini. Boleh sakit kepala dibuatnya. Inikan pula barang dapur serba serbi tak cukup. Pilihan menu tiba-tiba jadi terhad. Perancangan menu masakan setiap hari sangat digalakkan setiap minggu. Sambil-sambil melihat menu masakan tu simpanlah resepi dan senanglah bila beli belah nanti senarai bahan dah dicatat.
Perkara ini boleh pandang remeh. Akan tetapi perancangan menu setiap minggu memberi idea umum tentang bagaimana pembelanjaan anda setiap hari. Dari situlah kita sedar gaya hidup dan pemakanan keluarga. Sama ada cukup zat atau tidak, dan cuma membeli bahan barangan yang penting sahaja agar tidak membazir.
Buat Sendiri Atau Kitar Semula
Pembaziran boleh singgah dimana-mana. Ada saja perasaan yang mengoda agar beli itu ini. Bukankah lagi baik jika berjimat dan mengitar semula benda yang masih boleh dipakai. Gunakan apa yang sedia ada.
Terdapat banyak inspirasi kreatif yang mengasah minda dalam menjadi barangan terpakai agar boleh diguna semula. Misalnya, mengunakan bahan-bahan terpakai untuk membuat mainan atau aktiviti anak-anak pada hujung minggu.
Rancangan Membeli-belah
Tips ini bersangkut paut dengan sebelum ini. Perancangan menu masakan setiap minggu boleh menyelamatkan dari pembaziran. Rajin-rajinkan menyemak kelengkapan dapur, bilik air, barangan sekolah anak-anak supaya bila sampai ke pusat beli belah, teruskan membeli secara berlonggok longgok atau bundle. Supaya kos perjalanan dapat dikurangkan setiap minggu dan kebanyakkan pusat beli belah mempunyai jualan murah jika beli dalam jumlah yang besar.
Simpan Tabung Kecemasan
Menyimpan tabung kecemasan ialah undang-undang no 1 dalam rutin pembelanjaan yang bijak. Siapa kata suri rumah tak perlu mempunyai simpanan. Buat jadual untuk simpan secara berkala dalam akaun simpanan anda mengunakan wang pemberian dari suami. Mulakan dengan jumlah yang kecil seperti RM15 seminggu. Kebijaksanaan dalam berjimat akan memberi jaminan yang baik dimasa hadapan. Ini juga menunjukkan keupayaan kita bila dalam mengurus wang. Teruskan rutin ini secara tetap dan berdisiplin.
Jika tabung kecemasan ini sudah menjadi rutin, maka itu simpanlah menjadi pelaburan selamat seperti tabung haji atau asb. Pertimbangkan untuk mempunyai skim takaful dimasa hadapan.
Sekiranya tabung kecemasan ini sudah dijadikan rutin, bolehlah anda buka akaun yang berbentuk ‘pelaburan selamat’ seperti Tabung Haji atau ASB. Apabila simpanan semakin stabil, boleh juga mempertimbangkan untuk memiliki skim takaful yang sesuai untuk masa hadapan.
Catatkan Setiap Aliran Wang
Berdasarkan kata pakar perancang kewangan, memantau perbelanjaan rumah ialah satu rahsia dalam mengurus kewangan.
Menjadi surirumah mempunyai peranan yang besar dalam menentukan bajet keperluan keluarga. Catatkan setiap aliran wang dengan teliti meskipun cuma sekadar makanan ringan. Hari ini pelbagai apps boleh digunakan bagi membantu anda dalam pengurusan bajet tanpa perlu ditulis.
Melalui catatan aliran wang kita boleh lihat kemana perginya wang dibelanjakan. Anda juga boleh mengetahui status kedudukan kewangan setiap minggu supaya dapat menentukan keutamaan dimana kehendak dan keperluaan.
Jana Pendapatan Sambilan Jika Boleh
Suri rumahlah jawatan yang paling sibuk didunia ini. Setiap hari segala tugasan harian dirumah dijalankan tanpa erti rehat atau cuti. Bagaimanapun, ia tidak menghalang sesetengah suri rumah boleh merencana tugas harian mereka agar mempunyai masa untuk membuat perniagaan online dirumah.
Sememangnya agar rumit dan sukar namun jika ada kecekalan dan disiplin ia dapat dilakukan. Antara bisnes online ialah berniaga dishopee atau menjual produk diplatform social media lain.
Anak-Anak Ialah Pelaburan
Dalam bebagai cara pun anda lakukan untuk meningkat ekonomi keluarga, anak-anak ialah pelaburan paling bernilai dalam hidup. Kita mungkin tidak kaya dan hidup mewah, tetapi didikan kasih dan sayang dengan perhatian yang penuh menjamin masa depan kita pada hari esok. Siapa lagi yang akan mendoakan kesejahteraan kita nanti. Siapa lagi yang akan menjaga kita diwaktu berusia.
Bersyukurlah jika diberi peluang untuk membesarkan anak-anak.