Inisiatif RM600 Untuk Individu Yang Mencari Kerja Kosong | KerjayaGig PERKESO

Untuk makluman KerjayaGig PERKESO adalah kesinambungan dariapada Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan dari Penjana Kerjaya 2.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek sehingga memperoleh pekerjaan sepenuh masa.

Pekerja ekonomi Gig adalah orang bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti pekerjaan melalui platform penyedia perkhidmatan menggunakan aplikasi digital untuk mendapatkan upah seperti Grabcar, Foodpanda, Lalamove dan seangkatan dengannya.

Portal Info ingin berkongsi kepada anda maklumat lanjut mengenai program ini dan cara mendapatkan insentif sebanyak RM600 yang ditawarkan.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Mohon Juga: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 i-Citra KWSP

Apakah Itu KerjayaGig?

Program KerjayaGig di bawah PenjanaKerjaya 3.0 menawarkan insentif sebanyak RM600 bagi setiap individu yang ditawarkan pekerjaan sementara atau gig selama 6 bulan.

KerjayaGig PERKESO

Manakala, insentif sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada majikan, penyedia perkhidmatan, platform atau pertubuhan yang menawarkan pekerjaan sementara atau gig yang berdaftar dengan PERKESO. (Contoh: GrabCar, Lalamove dan FoodPanda)

Bilakah Tempoh Permohonan?

Tempoh permohonan insentif ini adalah bermula:

    • 15 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021

Apakah Syarat Kelayakan?

Antara syarat kelayakan yang layak menerima Insentif Pengambilan Pekerja Program KerjayaGig adalah seperti di bawah:

    • Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji.
    • Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO.
    • Pencari kerja dari golongan rentan. Antaranya, golongan hilang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang telah berdaftar dengan e-Kasih, gelandangan dan sebagainya.
    • Semua pekerja untuk program ini mestilah berumur 18-60 tahun.

Mohon Juga: Cara Mohon Bantuan RM600 Untuk Pekerja di Malaysia

Berapakah Jumlah Bantuan?

Program KerjayaGig menyediakan insentif kepada pekerja seperti berikut:

    1. RM600 sebulan sehingga tamat tempoh 6 bulan kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO.
    2. Insentif berjumlah RM200 kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar di bawah PERKESO.

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti di bawah:

    1. Borang Pengesahan Pekerjaan yang telah ditandatangani oleh individu bekerja sendiri.
    2. Maklumat akaun bank individu yang bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan dan nama bank).
    3. Surat dokumen yang berkaitan berserta bukti yang telah dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji.
    4. Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru saja diambil.

Bagaimana Cara Mohon?

Berikut dikongsikan panduan untuk membuat permohonan bagi menerima insentif ditawarkan:

Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)

    1. Mengiklankan jawatan kosong di www.myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri).
    2. Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja.
    3. Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my
    4. Proses kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada pekerja.
    5. Majikan akan terima bayaran dalam masa 30 hari.

Orang Bekerja Sendiri (OBS)

    1. OBS menerima emel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan.
    2. OBS akan menerima bayaran yang pertama selepas membuat pengesahan.
    3. Untuk menerima pembayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanKerjaya (mulai bulan kedua).
    4. OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my

Insentif ini dijangka dapat meningkatkan fleksibiliti pasaran buruh semasa terutamanya dalam sektor pekerjaan sendiri serta mengurangkan kadar dan tempoh pengangguran di negara ini.

Maklumat Lanjut

Boleh hubungi PERKESO melalui saluran di bawah:

 

Leave a Comment