IMSTART: Cara Mohon Bantuan RM10,000 Untuk Peniaga / PKS (Iskandar Malaysia Startup Grant)

program ‘Iskandar Malaysia Startup Grant’ atau dikenali juga sebagai ‘IMSTART’  khusus untuk mengembangkan perniagaan secara digital bagi peniaga individu atau Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Johor sempena ‘Kempen Peringatan 15 tahun Iskandar Malaysia (IM15CC)

Peruntukan sebanyak RM2,000,000 telah dikeluarkan dan dijangkakan seramai 200 individu dan peniaga di bawah kategori Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) bakal memperoleh manfaat bantuan sehingga RM10,000 bagi setiap perniagaan. Bantuan ini adalah selari dengan misi membantu peniaga mengembangkan perniagaan seperti membeli stok produk, menaik-taraf operasi dan sistem perniagaan dan mampu untuk mewujudkan platform e-dagang sendiri setanding dengan produk produk terkemuka di Malaysia.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Apakah IMSTART?

Iskandar Malaysia StartUp Grant (IMSTART) merupakan inisiatif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berbentuk geran ‘one-off’ yang bernilai secara maksimum sehingga RM 10,000.  Peruntukan khas ini diwujudkan bagi mengalakkan usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana (SME) yang menjalankan perniagaan di Negeri Johor dan kepada mana -mana individu yang ingin memulakan perniagaan secara atas talian.

Geran ini bertujuan untuk meringankan beban kos permulaan perniagaan diatas talian kepada usahawan atau individu yang ingin memulakan perniagaan di platform e-dagang dan juga yang telah beroperasi sejak Mac 2020 untuk meningkatkan kapasiti operasi.

Apakah Syarat-Syarat Permohonan Iskandar Malaysia Startup Grant?

    • Permohonan terbuka untuk usahawan dan individu yang mengendalikan perniagaan di negeri Johor sahaja
    • Permohonan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun – 45 tahun sahaja
    • Perniagaan atas talian yang baru atau sedia ada sejak Mac 2020
    • Perniagaan baru perlu berdaftar dengan SSM dan juga platform e-dagang
    • Aktiviti perniagaan yang patuh Syariah
    • Geran ini hanya untuk pembelian stok produk,keperluan asas premis operasi e-dagang dan peralatan digital sahaja (Pembelian Telefon bimbit tidak termasuk)
    • Pemohon hendaklah menyerahkan sebutharga di atas nama pemohon atau syarikat dari pembekal yang tidak melebihi RM 10,000.00
    • Bantuan ini hanya disediakan untuk 200 individu atau pemilik syarikat yang terawal dan layak sahaja

Berapakah Jumlah Bantuan?

Jumlah bantuan yang diberikan dalam bentuk geran ‘one-off’ yang bernilai maksimum sehingga RM 10,000.

Bilakah Tarikh Tutup Permohonan?

Tarikh tutup permohonan geran ini adalah 15 September 2021. Permohonan yang berjaya akan menerima notifikasi melalui e-mel.

Bagaimana Cara Permohonan IMSTART 2021?

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui pautan berikut: forms.office.com/r/MPUcB5apAB

Maklumat Lanjut

Lihat link ni untuk info lebih lanjut,
https://www.facebook.com/IskandarMalaysiaOfficial/posts/4380477835376230

ATAU boleh juga e-mel kan ke,

zulaikha.sapura@irda.com.my

Leave a Comment