Para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia, Bantuan iBita oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini sudah boleh dipohon. iBita adalah merupakan sebuah sistem atas talian Sistem Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Join Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Baca Juga :
Tempoh Permohonan iBITA
Permohonan bantuan iBITA ini akan dibuka mulai 1 September sehingga 30 September 2021.
Apakah Syarat Permohonan Bantuan Pelajar Melanjutkan Pelajaran Ke Ipt?
Syarat permohonan Bantuan Pelajar ke IPT oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang (iBITA) seperti yang berikut:
- Pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak boleh melebihi RM8,000.00
- Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
- Pelajar yang telah ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak untuk memohon.
- Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan serta Program Asasi/Matrikulasi adalah tidak layak untuk memohon.
Senarai IPT/KOLEJ Yang Boleh Dipohon?
i. Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA)
-
- UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM).
- UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM).
- UNIVERSITI MALAYA (UM).
- UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK).
- UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP).
- UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP).
- UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS).
- UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS).
- UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT).
- UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI).
- UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM).
- UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM).
- UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM).
- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM).
- UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA).
- UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM).
- UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM).
- UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM).
- UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM).
- UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM).
ii. Institusi Pengajian Tinggi Swasta
-
- UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
- UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
- UNIVERSITI AIMST (AIMST)
- KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
- KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
- MSU COLLEGE PENANG
iii. POLITEKNIK
-
- POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL).
- POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU).
- POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB).
- POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS).
- POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG).
- POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO).
- POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA).
- POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS).
- POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB).
- POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN).
- POLITEKNIK BESUT (PBT).
- POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD).
- POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD).
- POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS).
- POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS).
- POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP).
- POLITEKNIK MELAKA (PMK).
- POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT).
- POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA).
- POLITEKNIK MERLIMAU (PMM).
- POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS).
- POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB).
- POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS).
- POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS).
- POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS).
- POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU).
- POLITEKNIK JELI (PJK).
- POLITEKNIK NILAI (PNS).
- POLITEKNIK BANTING (PBS).
- POLITEKNIK MERSING (PMJ).
- POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT).
- POLITEKNIK TAWAU (PTS).
- POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK).
- POLITEKNIK SANDAKAN (PSS).
- POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS).
- POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU).
Berapa Jumlah Bantuan iBITA?
Jumlah bantuan (berbentuk cek) akan diterima oleh pemohon adalah seperti nilai yang berikut:
-
- Universiti di Semenanjung = RM1,000.00
- Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
- Politeknik Malaysia = RM300.00
Cara Mohon Bantuan iBITA
Dibawah ialah langkah untuk memohon iBITA
-
- Layari laman web iBITA – https://ibita.penang.gov.my/
- Lengkap borang permohonan iBITA. Pemohon WAJIB untuk mengisi borang permohonan secara atas talian.
- Hantar borang manual & dokumen sokongann kE PDT
- Pemohon atau ibu/bapa/penjaga/wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran dengan anda untuk memproses borang permohonan.
Apa Dokumen Yang Diperlukan?
- Salinan surat tawaran ke IPT
- Slip bayaran yuran pendaftaran IPT
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Persara/borang pengesahan pendapatan Ibu/Bapa/Penjaga. Ibu/Bapa/Penjaga yang tidak mempunyai pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan)
- Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri
*Segala dokumen sokongan di atas mestilah disahkan oleh Pegawai Daerah/Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan/Pensyarah/Profesor/Pendaftar Universiti/Jaksa Pendamai/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.
Info Penting
-
- Kegagalan untuk menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak.
- Permohonan bantuan ini hanya akan diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Pemohon boleh terdiri daripada pelajar, ibu, bapa, penjaga.
- Keputusan pemberian bantuan adalah muktamad.
- Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan lagi.
- Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia seperti yang telah disenaraikan di atas sahaja yang layak untuk memohon.
Bagaimana Semak Status Permohonan?
-
- Pemohon boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau IOS.
- Semakan status permohonan adalah selama satu bulan selepas tarikh permohonan telah ditutup.
- Kemukakan nombor kad pengenalan pemohon untuk semak atau kemaskini maklumat butiran mengenai permohonan tersebut.
Maklumat Lanjut
Pemohon dibolehkan untuk menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang telah memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal IBITA:
1. Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya
E-mel: pdtdbd@penang.gov.my
Telefon: 04-8689424 / 04-8689431/432
2. Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut Pulau Pinang
E-mel: pdtdtl@penang.gov.my
Telefon: 04-6505533 / 04-6505528
3. Pejabat Daerah Dan Seberang Perai Utara,
E-mel: pdtspu@penang.gov.my
Telefon: 04-5776505/ 04-5776515/ 04-5759963
4. Pejabat Daerah & Tanah,Seberang Perai Selatan
E-mel: pdtsps@penang.gov.my
Telefon: 04-5857814 / 04-5857821
5. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
E-mel: pdtspt@penang.gov.my
Telefon: 04-5488818 / 04-5488814