i Suri KWSP : Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah, Balu & Ibu Tunggal

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Bantuan i Suri KWSP kini kembali diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah bagi mengiktiraf pengorbanan mereka sebagai suri rumah.

Bantuan ini membolehkan suri rumah untuk mendapat insentif sebanyak RM480 setahun. Peluang ini terbuka untuk suri rumah berwarganegara Malaysia dan sukarela untuk mencarum di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Portal Info ingin berkongsi maklumat lanjut mengenai i-Suri ini bolehlah teliti maklumat, kriteria dan tatacara permohonan yang dikongsikan di bawah:

Join Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan

i-Suri KWSP

Info i Suri KWSP

i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan insentif khas yang diumukan oleh kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

Manfaat Bantuan

    • Sumbangan RM480 setahun bagi tahun-tahun berikutnya.
    • Sumbangan kerajaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan ke dalam akaun KWSP.

Manfaat Bagi Ahli KWSP

    1. Dividen tahunan KWSP
    2. Bantuan hilang upaya
    3. Bantuan kematian
    4. Pengeluaran simpanan
    5. Pelepasan cukai

Kriteria Kelayakan

Antara kiteria yang perlu dipenuhi adalah:

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih setakat 30 Jun 2018.
    3. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
    4. Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita – Balu, bercerai atau bujang.
    5. Belum mencapai umur 60 tahun.
    6. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Borang Pendaftaran / Cara Permohonan

Bagi anda yang memenuhi syarat dan hendak memohon inisiatif ini, anda perlulah hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:

    1. Borang – KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
    2. Borang – KWSP 6A(2) BORANG (Semasa pembayaran)

Cara & Saluran Bayaran

Berikut merupakan cara dan saluran bayaran bagi i-Suri:

Had Bayaran

Maksimum RM60,000 setahun untuk semua caruman sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuatkuasa Januari 2013)

Maklumat Lanjut

    1. Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri boleh layari https://www.kwsp.gov.my/
    2. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-8922-6000)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

 

 

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×