i Sinar KWSP: Tarikh Pembayaran Akhir Bulan Julai Kategori 2

Masih ramai penerima i Sinar yang menanti bila tarikh rasmi pembayaran i Sinar bulan Jun akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Persoalan yang paling utama bilakah tarikh akhir pembayaran i Sinar ini.

Umum mengetahui bahawa ramai pemohon kategori 1 yang telah menerima bayaran i-Sinar bermula Januari lalu dengan lancar. Justeru, disebabkan tempoh pembayaran adalah selama 6 bulan sahaja, bulan Jun ini merupakan bulan pembayaran terakhir.

Tetapi, berbeza pula bagi penerima yang tergolong dalam kategori 2 yang telah membuat pindaan, anda berkemungkinan akan menerima pembayaran terakhir pada Julai 2021 ini.

Portal Info akan kongsikan kepada anda cara untuk menyemak pembayaran bulan Julai bagi kategori 2.

Mohon Juga: Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah, Balu & Ibu Tunggal

Tarikh Bayaran Jun 2021

Bayaran bulan Julai akan dikreditkan secara berperingkat bermula minggu pertama hari bekerja iaitu dijangka pada:

    • 1 julai – 10 Julai 2021

Kebiasaannya, pengkreditan amaun ke akaun bank penerima mengambil masa dalam 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing.

Semakan Tarikh Akhir Pembayaran Kategori 2

Anda perlulah membuat semakan tarikh pembayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring End Payment Date’ pada i-Akaun KWSP.

Sekiranya anda telah membuat pindaan amaun, contohnya sebelum ini akaun anda telah tamat tempoh (expired), hal ini kerana pihak KWSP telah selesai membayar jumlah yang dipohon oleh pemohon, nanti apabila anda membuat pindaan, akaun anda akan kembali berstatus ‘Active & Recurring Date’ sampai tarikh akhir pembayaran dibuat.

Oleh itu, pembayaran akhir bergantung kepada tarikh lulus bayaran pertama anda. Anda boleh semak tarikh pembayaran anda melalui i-Akaun seperti langkah yang dikongsikan di bawah.

Perincian Pembayaran

Bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:

    • Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (jika bayaran pertama pada 6 Mac, bulan seterusnya juga anda akan terima pada 6 April, 6 Mei dan juga pada 6 Jun jika jatuh pada hari bekerja).
    • Maksimum dalam tempoh 2 minggu; atau
    • Sebelum akhir bulan.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan

Cara Membuat Semakan Status Bayaran

Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun pada telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda panduan untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.

  1. Buka aplikasi i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal History pada ruangan sebelah kiri.
  4. Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua.
  5. Kemudian, status permohonan akan dipaparkan.

Semakan Status Melalui Portal i-Sinar

    • Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
    • Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS.
    • Isikan maklumat yang diminta.
    • Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan.

Tarikh Akhir Permohonan i-Sinar

i Sinar

Maklumat Lanjut

    • Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh menghubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

 

Leave a Comment