i-Citra KWSP : Cara Mohon Pengeluaran RM5,000

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Berita baik buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur 55 tahun ke bawah. Pihak KWSP telah pun memutuskan permohonan i-Citra diawalkan dari tarikh asal iaitu 15 Julai 2021 kepada 12 Julai 2021.

Susulan pandemik COVID-19 yang berlarutan sehingga ke hari ini, pihak kerajaan telah mengumumkan satu pakej bantuan baharu iatu Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Antaranya adalah pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai i-Citra.

Oleh itu, para pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan KWSP boleh mula membuat permohanan secara onlne/ atas talian bermula 12 Julai 2021.

Untuk makluman, permohonan i-Citra membolehkan pemohon mengeluarkan maksimum sehingga RM5,000 di mana pembayaran dilakukan selama 5 bulan.

Pengenalan i-Citra

i-Citra adalah kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP mendepani rintangan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seramai 12.6 juta rakyat yang mencarum KWSP akan mendapat manfaat daripada program ini.

Jika anda masih ingat, terdahulu pihak KWSP telah memperkenalkan program i-Lestari  bagi pengeluaran akaun 2 KWSP. Bagi i-Citra pula, pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki kedua-dua Akaun 1 dan 2. Penjelasan lanjut adalah seperti di bawah.

Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian / online melalui portal rasmi untuk membuat pengeluaran seperti pauatan yang dikongsikan di bawah mulai 12 Julai 2021. Kadar pengeluaran dan kaedah bayaran juga akan dinyatakan lanjut. Bayaran Pertama pula dijangka akan dikreditkan ke akaun pencarum pada bulan Ogos 2021.

Syarat Pengeluaran i-Citra

    • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah.
    • Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP.
    • Ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000.
    • Kadar bayaran bulanan adalah RM1,000 untuk tempoh 5 bulan.
    • Baki RM100 sekurang-kurangnya dalam dalam Akaun 1.

Tarikh Permohonan

    • Dibuka: 12 Julai 2021
    • Ditutup: 30 September 2021

Cara Mohon i-Citra

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian / online sahaja:

    1. Sila layari portal rasmi https://icitra.kwsp.gov.my/
    2. Isi No. MyKad dan No. Telefon.
    3. Sahkan identiti anda dengan masukkan No. OTP atau Soalan Keselamatan.
    4. Tetapkan amaun pengeluaran.
    5. Isi Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik.
    6. Semak setiap maklumat anda dan tandakan pada kotak sebelum anda tekan butang HANTAR.

Permohonan boleh dikemukakan SEKALI sahaja.

i citra kwsp

Join Telegram Kami Untuk Dapatkan Info i-Citra: t.me/portalsemakan

Maklumat Lanjut

Sekiranya and amempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh rujuk soalan lazim di bawah atau hubungi talian hotline di bawah berikut:

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×