Harga Pakej & Peraturan Lesen Kereta & Motor 2021

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Harga Pakej & Peraturan Lesen Kereta & Motor 2021

Untuk makluman anda, mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas di Malaysia sudah diberikan kelayakan untuk mengambil lesen motor manakala selepas umur 17 tahun  selepas tamat SPM, anda sudah layak untuk melakukan pendaftaran lesen memandu kereta.

Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui cara dan peraturan baru untuk pendaftaran mendapatkan lesen memandu kereta dan motor terkini tahun 2021.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Berapakah Harga Pakej Untuk Lesen Memandu 2021

Sila rujuk maklumat di bawah untuk senarai kadar bayaran pakej belajar memandu terkini:

Kadar Harga Lesen Motosikal & Harga Lesen Kereta 2021

    • Motosikal B2 (untuk motor b2 tidak lebih 250 cc) : RM350 hingga RM450
    • Harga Motor B FULL (lebih 500 cc): RM900 hingga RM1100
    • Harga Lesen memandu kereta manual D : RM1150 hingga RM1300
    • Harga Lesen memandu Kereta transmisi auto automatik DA : RM1250 hingga Rm1500

Kepada yang  berumur 21 tahun dan ke atas, anda boleh buat permohonan dan mendapatkan lesen E untuk memandu bas ataupun lori.

Apakah Peraturan Baru Lesen Memandu Kereta dan Motor 2021?

    1. Setiap sekolah memandu wajib membuat pemberitahuan kadar bayaran harga baru lesen motor dan kereta terkini.
    2. Setiap kenderaan akan dipasang kamera. Ini adalah bagi mengelakkan penguji mengambil kesempatan yang termasuk mengagalkan ujian tanpa sebab yang munasabah.
    3. Tiada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ seperti sebelum ini. Ini adalah kerana ujian tanpa penguji akan dilaksanakan tidak lama lagi. Bermakna selepas ini cara buat baru lesen memandu tanpa test jpj 2021 akan bermula.
    4. Ujian komputer akan dipantau sepenuhnya menerusi sistem video di dalam bilik ujian.

Peringatan: Peraturan ini sah dan terpakai di semua institut, sekolah, kelas dan pusat belajar untuk mengambil lesen memandu tidak kira di Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Labuan, Putrajaya, Johor, Perak, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Selangor

Bagaimana Langkah Pendaftaran Lesen Memandu Kali Pertama?

Sila rujuk langkah untuk mendaftar lesen memandu kali pertama seperti di bawah:

LESEN MEMANDU

    1. PENDAFTARAN : Daftar di Kaunter Pendaftaran tempat belajar memandu. Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
    2. KURSUS KPP : Kursus KPP di tempat belajar memandu diadakan selama 6 jam untuk Kursus Bahasa Malaysia pada hari sabtu & ahad manakala untuk Kursus Bahasa Inggeris pula pada hari ahad sahaja. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
    3. UJIAN KOMPUTER : Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus di tempat belajar memandu.
    4. LESEN L : Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.
    5. KPP 02 : Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.
    6. KPP 03 : Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02
    7. UJIAN QTI : Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
    8. UJIAN PRAKTIKAL JPJ : Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.

Maklumat Lanjut

Sila klik pada pautan untuk mengetahui maklumat lanjut tentang lesen memandu. Laman Web rasmi JPJ : KLIK DISINI

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×