Harga Denda MyKad Hilang & Cara Semak Rayuan

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Harga Denda MyKad Hilang & Semakan Rayuan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan arahan yang tegas akan mengenakan denda kepada pemilik kad pengenalan yang telah hilang kad pengenalan.

Selain daripada mykad Jabatan Pendaftaran Negara JPN turut ada MYkid (untuk warganegara malaysia kategori kanak-kanak), Mypr (untuk permastautin tetap) dan juga Mykas (untuk permastautin sementara).

Cara Semak Kad Pengenalan Online

Jika ingin mohon IC boleh semak status secara online & juga melalui sms.

  1. Semakan secara online http://jpn.gov.my
  2. Anda juga boleh terus taip kod yang telah ditetapkan untuk semak secara sms terus melalui telefon pintar anda.
  • (i) MYKAD
    TAIP : JPNMYKAD800823056078 dan hantarkan sms ini ke nombor 15888
  • (ii) MYKID
    TAIP : JPNMYKID900823056078 dan hantar sms ini die nombor 15888

Harga Denda IC Hilang 2021

Di bawah tertera jadual dan caj harga untuk mengganti IC, sama ada warganegara atau tidak :

  1. Apabila mykad anda telah hilang, ganti secepat mungkin dengan mendapatkan kad pengenalan gantian mykad yang baru.
  2. Terdapat 2 pilihan untuk anda memohon gantian hilang kad pengenalan,
    • Sama anda boleh terus pergi ke mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat termasuk di cawangan jpn utc
    • Secara online terus di portal rasmi JPN.
  3. Sila bawa bersama laporan polis untuk kehilangan kad.
  4. Jangan lupa bawa bersama dokumen sokongan bergantung kepada masalah masing-masing samada hilang sebab kena rompak, kecuaian.
  5. Hendaklah anda semak berapa kali hilang ic mudah untuk bayar denda kad pengenalan.

Bagaimana Cara Ganti IC Hilang Secara Online

Sekarang anda sudah boleh ganti kad pengenalan yang baru dengan hantar permohonan secara online sahaja.

Semua permohonan boleh dilakukan melalui sistem online seperti pada pautan bawah ini dengan syarat anda nak ganti yang baru disebabkan kad pengenalan rosak secara fizikal atau masalah cip tak dapat detect atau hilang kali pertama!

Ganti kad pengenalan secara online melalui pautan ini >>  https://gantianmykad.jpn.gov.my/ 

Cara Ganti IC / Mykad Rosak

Terdapat cara baru ganti cip ic . mykad anda yang telah rosak melalui telefon sahaja. Syarat mudahnya ialah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Caj bayaran dibayar semasa mengambil gantian kad di cawangan JPN
  3. Hanya kad pengenalan yang rosak sahaja dibenarkan tanpa mengubah alamat rumah / kediaman atau gambar
  4. Kad pengenalan mesti diambil oleh pemilik iaitu anda sendiri

Kadar yang dicaj ialah sebanyak RM10 sahaja

Maklumat lanjut

Boleh hubungi nombor hotline ini 03-8880 8066

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×