Segelintir rakyat Malaysia menyatakan keresahan apabila pentujuk bahawa wang pengeluaran KWSP persaraan dinaikkan kepada 65 sehingga 70 tahun.
Namun begitu, masih mampukah kita bekerja sehingga usia sedemikian?
Ada yang mengatakan ia boleh menjejaskan peluang pekerjaan untuk golongan fresh grad berikutan jumlah pekerja senior menjadi lebih ramai yang belum tamat perkhidmatan.
“Bila had umur persaraan dinaikkan bermakna peluang pekerjaan baru terhad, maka kadar pengangguran dalam kalangan graduan akan meningkat,” kata seorang pengguna.
Tambahan lagi, KWSP berpotensi untuk menaikkan kadar caruman dan akan menekan para majikan untuk menambah pekerja dimasa akan datang.
“Kalau ikutkan bila negara makin maju,sistem kesihatan meningkat,had persaraan pun meningkat contohnya seperti Norway
“Tapi kita Malaysia ni kalau perasan dulu bersara 55, lepas tu ada yang kata kos sara hidup meningkat blabla.. duit bersara tak cukup, lepas tu terus naik 58 then 60 so standby je la,” katanya.
Kenaikkan Gaji Asas Harus Di Laksanakan
Seorang pengguna berpendapat, gaji asas sepatutnya dinaikkan bagi meningkatkan jumlah simpanan pencarum di hari tua tambahan pula kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Gaji overall perlu ditingkatkan leads to increased in tax revenue dan higher pension nak tampung living cost. Now with the rising of BNPL, shortage raw materials ada kerungsingan juga harga barang akan terus meningkat lagi,” kata @itstheKaza.
“Menaikkan gaji minima juga salah satunya akan meningkatkan kadar pengangguran kerana kurangnya company yang mampu mengambil lebih ramai pekerja.
“Kesan baik buruk akan sentiasa ada untuk sesuatu keputusan. Tapi kalau damage tak terlalu teruk mungkin boleh dilaksanakan,”katanya.
Mahu bersara pada usia 55
Sudah pasti ramai yang enggan terus bekerja selepas usia mencecah 55 atau 60 tahun berikutan kebanyakannya berisiko mengalami masalah kesihatan dan sampai masa untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan berehat.
Jadi apa kata anda?