Gunakan Cara Keluarkan Wang KWSP Ini Untuk Membeli Rumah

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Sejak dulu lagi, impian memiliki rumah adalah cita-cita yang dihajatkan ramai orang. Sebuah asset yang bernilai setiap tahu dengan harga yang meningkat saban hari

Namun, memiliknya bukan semudah mengupas kulit kacang. Pelbagai tatacara, urusan jual beli dan pihak yang terlibat dalam proses beli rumah.

Apatah lagi apabila memikirkan jumlah down payment dan kos sampingan lain sebelum mendapatkan hak pemilikkan rumah kita mahukan. Kebanyakkannya duit muka rumah sekurang-kurangnya 10 peratus. Misalkan rumah kita mahukan dalam lingkungan RM 150k, sekurang kurangnya kita perlukan dalam RM 15k dalam poket. Itu pula tak termasuk bayaran lain yang perlu didahulukan termasuklah yuran peguam, valuation dan insuran mrtt.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Alternatif paling mudah agar dapat melangsaikan semua wang tersebut ialah mengeluarkan Wang KWSP.

Barangkali ramai yang tak tahu, tanpa menunggu umur kita pada 55 tahun , kita boleh gunakan wang dalam simpanan KWSP kita untuk pembayaran duit muka rumah.

Bagaimana Caranya?

Syarat Penting Untuk Mengeluarkan Wang Kwsp Membeli Rumah

    • Mempunyai baki simpanan minimum RM500 dalam Akaun 2.
    • Hartanah yang dibeli itu untuk kediaman sahaja.
    • Permohonan harus dibuat dalam masa 3 tahun selepas tandatangan SPA.
    • Pinjaman anda diluluskan oleh pembiayaan diiktiraf atau pembiayaan sendiri
    • Membawa dokumen Yang Diperlukan
    • Beli/bina rumah pertama (atau kedua; dengan syarat rumah yang pertama dah dijual, atau dalam proses nak dilupuskan).Jika membeli rumah mengunakan Akaun 2, tunjukkan bukti  bayaran tempahan (booking fees) dan downpayment, sekali dengan yuran peguam dan duti setem untuk SPA.
    • Berniat untuk mengurangkan atau tebus balik pinjaman untuk rumah pertama atau kedua.
    • Membantu pasangan kurangkan atau menebus balik pinjaman rumahnya.

Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

Sebelum memohon pastikan anda mempunyai dokumen yang cukup.
Sediakan dokumen tersebut dalam bentuk hardcopy dan softcopy

    • Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C(AHL)].
    • Salinan original SPA.
    • Salinan pengenalan (myKad atau passport).
    • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.
    • Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.
    • Bukti perhubungan (ini untuk korang yang buat join loan,Korang kena sertakan sekali surat penerangan kena beli secara join loan)

Permohonan pengeluaran boleh dibuat secara online iaitu menerusi apps I-Akaun. Segalanya sudah disediakan didalam apps I-Akaun. Isi maklumat yang diminta. Muat naik softcopy dokumen yang diminta dan hantar borang. Setel.

Manakala, jika walk-in ke cawangan. Sila bawa dokumen penting dan borang permohonan yang ada dibawah.

Berapa lama Proses Pengeluaran Wang KWSP?

Masa yang diambil adalah dalam masa 21 hari waktu bekerja akan tetapi anda sudah boleh membuat semakan seawal 7 hari bekerja selepas permohonan itu dihantar.
Proses tersebut akan menjadi lebih lancar jika tidak ada dokumen yang tertinggal.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KWSP di pautan berikut:
Muat turun fail PDF berikut:

>Borang Permohonan <

 

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×