Selain Maybank2u, bank pilihan ramai untuk buat transaksi online ialah CIMB. Dengan internet banking, pelanggan tak perlu pergi ke ATM atau bank untuk melakukan transaksi seperti cek baki, transfer atau topup. Anda cuma perlu ada akaun bank CIMB dan jadi lebih mudah jika semua aktiviti perbankan menggunakan servis CIMB Clicks.
Tapi sebelum itu, anda harus mendaftar terlebih dahulu. Jangan risau. Cuma sekali saja anda dikehendaki untuk ke ATM . Selepas ini, pegawai bank mahupun ATM tak lagi melihat kehadiran anda sampai bila bila.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Cara Daftar CIMB Clicks
Berikut ialah cara mendaftar internet banking Cimb Clicks supaya anda boleh mengunakan perkhidmatan internet banking dari CIMB.
Langkah pertama sila lawati ATM CIMB terdekat.
- Masukkan ATM dan PIN.
- Pilih pilihan Brancless Banking.
- Selepas itu, pilih pilihan Registrasi diikuti dengan memilih menu CIMBclicks.
- Masukkan kata laluan cimbclicks 6 angka Anda.
- Selepas itu, Anda akan diminta memasukkan password CIMBclicks 6 digit.
- Anda juga akan diminta memasukkan nombor handphone.
- Kemudian pilih Teruskan.
- Cetak bukti resit. Simpan bukti.
- Selepas itu, Anda akan mendapat kod pengaktifan yang dihantar ke nombor handphone Anda.
*Peringatan: Hafal atau tuliskan Kata Laluan, Password 6 Digits dan Kod Pengaktifan anda dengan baik. Ia akan digunakan sewaktu register Cimb Clicks di laman web nanti.
Cara Register Internet Banking CIMB Clicks
Proses cara register internet banking Cimbclicks melalui laman web ini sebenarnya adalah satu langkah ke hadapan dari proses pendaftaran ATM. Dalam proses ini, akaun Anda akan diaktifkan.
- Buka laman web https://www.cimbclicks.com.my.
- Pilih Register for CIMB Clicks.
- Pilih Klik CIMB ATM/DEBIT & Credit Card
- Sila untuk memasukkan nombor kad ATM, PIN ATM 6 digit, kemudian masukkan kod yang dipaparkan pada skrin.
- Selepas itu checklist terma dan syarat yang berlaku. Klik Next
- Masukkan kod pengaktifan (OTP) yang telah dihantar pihak bank CIMB ke handphone Anda.
- Masukkan User ID dan kata laluan Anda.
- Masukkan nama Ibu, email dan perkataan keselamatan
- Bahagian Enter your introducer’s details (optional) tidak perlu diisi atau dibiarkan kosong saja
- Klik I agree & submit
- Selesai
Cara Login CIMB Clicks (First Time Login)
Sila cuba login untuk pastikan Anda telah berjaya membuat akaun.
- Pergi ke laman web https://cimbclicks.com.my/
- Pada bahagian atas laman, tekan butang Login to CIMB Clicks.
- Pada laman seterusnya, terdapat pilihan pada ruangan I want to; View My Dashboard, View My Accounts, Transfer Money, Pay Bills, JomPAY dan Top Up. Pilih View My Dashboard untuk akses dan melihat secara keseluruhan serivs yang ditawarkan oleh CIMB melalui CIMB Clicks.
- Masukkan ID/username anda pada ruangan Enter User ID.
- Kemudian, sebuah perkataan akan keluar, di mana perkataan tersebut merupakan Secure Word anda. Tandakan Yes, this is my SecureWord sekiranya perkataan tersebut merupakan secure word anda.
- Masukkan kata laluan anda pada ruangan Password.
- Tekan butang Login.
- Log masuk anda berjaya.
Tahniah!
Anda baru saja login CIMB Click buat kali pertama.
Kongsikan kepada semua yang berminat untuk tahu panduan ini.