Guna 1 Bahan Ni Hilangkan Kerak Hitam Belakang Kuali Licin Macam Baru!

Belakang kuali yang hitam dan berkerak memang menyakitkan mata. Ada banyak petua yang boleh dibuat tapi yang ini paling menarik perhatian dan pernah viral juga.

Cuma guna satu bahan saja iaitu asam gelugor ataupun asam keping. Kesannya sampai belakang kuali yang hitam jadi putih flawless. Caranya boleh ikut perkongsian Hidayah Abdullah

Join Group Whataspp Berita Viral

Dari Hitam Berkerak Jadi Bersih

Cara Paling Mudah Bersihkan Belakang Kuali Hitam & Berkerak

Petua sental bontot kuali kilat lip lap!

1. Rebus 8 asam keping dalam periuk yg besar (supaya senang nak rendam kuali/periuk)

2. Didihkan air asam keping sampai mendidih.

3. Masukkan kuali/periuk didalam air asam tu rendam selama 4-5 minit.

Cara Paling Mudah Bersihkan Belakang Kuali Hitam & Berkerak. Cuma Guna Satu Bahan Saja

4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan jap, lepas tu sental guna sabun dan berus dawai.

5. Waktu sental tu, kurangkan mengunakan air.

Tips Lain :

Info Lanjut

Petua ini diambil dari Sis Kalai (Masak Apa Hari Ini-MAHN). Semoga bermanfaat kepada anda. Jangan lupa share ye.

Leave a Comment