Semakan Bayaran GKP RM500 | Bermula 23 November!

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Bayaran GKP RM500 dibuat pada selasa ini. Semakan GKP 4.o sudah boleh dibuat di laman rasmi Geran Khas Prihatin pada 22 November. Bayaran kedua untuk GKP 4.0 ini akan dibuat pada 23 November 2021, iaitu pada hari Selasa.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengumumkan perkara tersebut dalam media sosial Facebook & Twitter beliau hari ini.

Apakah Kadar Bayaran GKP 4.0?

Bayaran untuk GKP 4.0 adalah sebanyak RM1,000 secara one-off. Namun terbahagi kepada 2 fasa.

Fasa 1 (RM500) telah pun diberikan kepada yang layak pada 21 September yang lalu.

Manakala Fasa 2 (RM500) akan dibayar pada 23 November ini.

Bagaimana Cara Menyemak Status?

Semakan status permohonan kelayakan boleh dibuat di laman berikut :

https://gkp.hasil.gov.my/

Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan isi Captcha untuk tujuan semakan.

Paparan semakan kelayakan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan & soalan mengenai Geran Khas Prihatin untuk peniaga-peniaga kecil ini, sila rujuk FAQ di sini.

 

 

 

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×