GKP 4.0 : Bayaran RM1,000 Untuk PKS Mikro

Pada 28 Jun 2021 yang lalu, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu bantuan khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah Geran Khas Prihatin (GKP 4.0).

Di sidang media, pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas akibat wabak COVID-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Pelaksanaan GKP pada sebelum ini telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil terutamanya kepada mereka yang masih belum dibenarkan beroperasi.

Portal Info ingin berkongsi info lanjut mengenai bantuan GKP 4.0 yang telah diumukan oleh Perdana Menteri.

Baca Juga: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Sehingga RM1,300

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan

Permohonan GKP 4.0

Kerajaan turut memahami kesukaran yang dihadapi oleh PKS, sukacita diumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan kepada mereka yang layak.

GKP 4.0

Jumlah Bantuan

Jumla kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri adalah seperti berikut:

    • RM500 – Mula dibayar pada bulan September 2021.
    • RM500 – Mula dibayar pada bulan November 2021.

Bilakah Permohonan GKP 4.0 Akan Dibuka?

    • Permohonan ini akan dibuka pada pertengahan Julai nanti.

Kerajaan berharap inisiatif GKP ini mampu membantu peniaga yang terjejas terutama yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua.

 

 

Leave a Comment