Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
GKP | Kemaskini Maklumat Akaun Bank Bermula 7 Oktober 2021!
Anda boleh megemaskini maklumat akaun bank melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 7 Oktober – 21 Oktober 2021.
Berita ini baru saja dimaklumkan oleh LHDN melalui Facebook.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Cara Kemaskini Maklumat Akaun GKP
Pemohon yang perlu membuat kemaskini GKP adalah pemohon yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini.
Maklumat akaun bank yang dikemas kini itu wajib aktif & menggunakan nombor Akaun Simpanan peribadi pemohon ATAU nombor Akaun Semasa peribadi pemohon & bukanlah akaun bank semasa syarikat.
Pembayaran semula diterhadkan kerana ia cuma berada sepanjang tahun 2021 sahaja. Sekali lagi diingati, bayaran kredit adalah untuk sesiapa yang mempunyai akaun yang aktif sahaja.
Bagaimana Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Di Portal Geran Khas Prihatin?
Sila rujuk langkah berikut:
- Sila layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Tekan Log Masuk
- Sila Masukkan ID Pengguna
- Tekan pada kotak Semak
- Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:
- Nama
- Nombor MyKad
- Status Permohonan
- Sila Klik butang Kemaskini dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
- Tekan pada butang Simpan untuk menghantar maklumat tersebut.
*Penting : Masukkan nombor Akaun Simpanan Peribadi pemohon ATAU nombor Akaun Semasa Peribadi pemohon & bukan akaun bank semasa syarikat.
Siapa Golongan Yang Harus Kemaskini?
Individu yang perlu kemaskini maklumat akaun bank adalah penerima GKP yang berstatus gagal kredit sahaja. Golongan penerima GKP ini seperti dibawah:
-
- GKP PERMAI
- GKP PEMERKASA+
- GKP 3.0
- GKP 4.0
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai status semakan kemaskini GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).