Rasmi 2022 | Gaji Minimum Baru Telah Dicadangkan

Hujung tahun 2021, rakyat tertanya-tanya dengan keputusan pihak kerajaan yang ingin mengubah tangga gaji agar rakyat Malaysia menjalani kehidupan dengan serba berkualiti. Pengumuman berkaitan gaji minimum tahun ini telah dicadangkan dan ia masih dalam proses jangkaan. Ini kerana kerajaan ini persiapkan kemampuan negara untuk berhadapan dengan segala impak ekonomi yang berlaku setelah melaksanakan gaji minimum terbaru.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Katanya, secara peribadi beliau merasakan kadar gaji minimum baharu itu perlu diselesaikan secepat mungkin selain perlu dinaikkan.

Walaubagaimanapun ia tetap bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri.

Bilakah Kali Terakhir Gaji Minimum Dinaikkan?

Sekadar maklumat, kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 pada pembentangan bajet 2022.

Datuk Seri M Saravanan

“Kajian yang dilakukan juga sudah selesai. Kita sudah ada angka gaji minimum untuk dibawa sebagai cadangan dan akan diumumkan selepas dipersetujui Jemaah Menteri.

“Secara peribadi juga saya merasakan, gaji minimum sedia ada perlu dinaikkan walaupun ada pekerja swasta diberikan kadar lebih tinggi dari paras itu tetapi dalam kerajaan masih ada.

“Saya tidak boleh nyatakan lagi kadar gaji minimum yang dicadangkan Kementerian Sumber Manusia tetapi ia berada di paras sekitar RM1,500 ke bawah,”

Pada masa yang sama, Presiden Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai mengatakan pengilang bimbang kesan yang berlaku apabila peningkatan gaji begitu akan berlaku pada mereka.

“Namun kami menerima jika kenaikan ini dilaksanakan secara beransur-ansur di bawah semakan gaji minimum semasa yang akan diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara.

Gaji minimum RM1,500 akan dilaksana akhir tahun 2022 ini . Dijangkakan Pekerja di Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini.

Datuk Seri M Saravanan turut mengaku bahawa Malaysia agar lewat dalam memutuskan perkara ini dan kementerian berusaha supaya hasrat ini akan direalisasi.

“Kita agak terlewat dalam perkara ini, namun kementerian sudah menyelesaikan kajian mengenai gaji baharu itu dan akan mengemukakan cadangan mengikut perundangan bagi menaikkan gaji minuman dari RM1,200 dan semuanya kini bergantung kepada Jemaah Menteri,” 

Walaupun kerajaan tidak menaikkan kadar gaji minimum selama beberapa tahun, terdapat sesetengah majikan mengambil inisiatif kenaikan gaji sendiri.

Leave a Comment