Faktor-Faktor Serius Mengapa Bank Reject Permohonan Pinjaman Perumahan Anda!

Faktor-Faktor Serius Mengapa Permohonan Pinjaman Perumahan Anda Ditolak!

Diakibatkan perkembangan ekonomi yang kurang stabil dan lemah menyebabkan bank memproses pinjaman bank lebih teliti dan ketat pada beberapa aspek. Pemprosesan permohonan menjadi lebih rumit dan meremehkan.

Kebanyakkan pemohon kurang sedar bahawa terdapat beberapa faktor serius yang menjadi penyumbang mengapa bank tidak yakin dengan jaminan dimana kita boleh membayar semula pinjaman tertentu.

Lihat Faktor-faktor serius yang menyebabkan pinjaman anda ditolak serta merta.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Rekod Pembayaran Hutang Pinjaman Yang Buruk

Melalui rekod bayaran balik ansuran bulanan selama 6 bulan boleh mencerminkan bagaimana anda memberi jaminan kepada bank tentang perangai anda dalam melangsaikan hutang. Jika dalam tempoh 6 bulan tersebut anda ada terlewat bayar atau tertunggak ini merosakkan imej anda dimata bank. Sebagai contohnya pinjaman kereta , kad kredit, pinjaman ASB dan lain-lain.

Selepas anda menghantar permohonan kepada bank komersial, bank tersebut akan merujuk kepada rekod tersebut sama ada rekod pembayaran peminjam adalah baik ataupun tidak.Rekod ini dipanggil Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang dikendalikan oleh Bank Negara.

Rekod ini adalah sah untuk 12 bulan. Rayuan perlu dibuat jika rekod anda buruk dan langsaikan segala tunggakkan barulah CCRIS ini akan kembali bersih. Barulah anda boleh memohon semula pinjaman bank untuk perumahan.

Kadar Pinjaman Melampaui Kemampuan Peminjam

Pemohon harus mengira kemampuan mereka sebelum berhutang. Kebiasaannya nisbah hutang kepada pendapatan akan dikira berdasarkan jumlah hutang bulanan termasuk komitmen individu, pinjaman perumahan lain, pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain dan dibahagikan dengan pendapatan bersih selepas menolak potongan cukai berkala, caruman KWSP dan Perkeso.

Formula yang diguna oleh bank adalah seperti berikut:

Jumlah Hutang ÷ Pendapatan Bersih* = Nisbah Hutang

*Pendapatan Bersih = Pendapatan Kasar – PCB – KWSP – PERKESO

Nisbah yang disyorkan untuk mendapatkan kelulusan bank adalah di antara 60% dan 70%. Oleh itu, individu dinasihatkan untuk meningkatkan pendapatan ataupun mengurangkan baki hutang yang lain sekiranya beliau ingin membuat pemohonan pinjaman baru.

Bankrap atau MuflisS

Status muflis akan menyebabkan bank tidak akan memberikan pinjaman untuk apa apa jua sebab. Lazimnya, CCRIS hanya mempunyai rekod kemuflisan sekiranya anda diisytiharkan muflis oleh bank.

Gagal Mengemukakan Dokumen Penting

    • Borang pemohonan pinjaman yang telah diisi dengan maklumat yang benar dan tepat
    • Salinan kad pengenalan pemohon
    • Salinan Perjanjian Sewa Beli (Sales & Purchase Agreement/SPA) atau resit pesanan dan surat tawaran dari syarikat perumahan
    • Salinan Surat Ikatan Hak Individu
    • Laporan Penilaian Harta (untuk bangunan siap)
    • Salinan slip gaji untuk 3 bulan berturutan terkini
    • Salinan slip bayaran komisen untuk 6 bulan berturutan terkini sekiranya gaji berasaskan komisen
    • Salinan kenyataan caruman KWSP untuk 3 bulan berturutan terkini
    • Salinan Borang EA terkini
    • Salinan kenyataan akaun simpanan bank untuk 6 bulan berturutan terkini
    • Surat Pengesahan Tawaran Kerja dan Pembayaran Gaji

Dokumen yang dinyatakan diatas adalah penting dan mustahak. Sebarang kekurangan dokumen akan menyebabkan keraguan daripada pihak bank. Dokumen ini haruslah bersifat tulen, anda mungkin akan dituduh di mahkamah kerana melampirkan dokumen palsu dan akhirnya dipenjarakan.

Pekerjaan Yang Tidak Tetap Atau Pendapatan Kurang Stabil

Kestabilan pekerjaan anda adalah salah satu faktor serius kerana bank melihat kesinambungan dan tempoh pekerjaan dengan syarikat berkenaan. Ini akan menunjukkan kestabilan pendapatan anda.

Untuk ahli perniagaan, adalah mustahak untuk menunjukkan bahawa perniagaan anda mengaut keuntungan dengan konsisten. Anda perlu membuat kajian terlebih dahulu bagi memilih pinjaman perumahan yang paling sesuai.

Skor kredit yang Kurang Memuaskan

Skor kredit adalah petunjuk sama ada anda bijak menguruskan wang anda atau tidak.  Skor kredit menganalisasi kelakuan pembayaran balik individu berdasarkan CCRIS. Antara faktor-faktor untuk menilai CCRIS anda adalah seperti berikut.

  • Rekod kredit dalam CCRIS
  • Corak pembayaran balik pinjaman dalam tempoh 12 bulan yang lalu
  • Bilangan kad kredit yang menunjukkan penggunaan dengan jumlah yang tinggi
  • Bilangan kad kredit yang digunakan sehingga melebihi jumlah had kredit
  • Bilangan kad kredit yang baru didaftar untuk mendapatkan pinjaman tinggi dalam tempoh yang singkat
  • Rekod pinjaman tidak bercagar atau pinjaman peribadi

Sekirannya anda mengalami kesukaran melangsaikan hutang pinjaman yang lain adalahmustahil untuk mendapatkan kelulusan dalam pemohonan pinjaman perumahan yang baru.

Bank melihat segala aspek kewangan yang terdapat pada bakal peminjam sama ada mereka berpotensi untuk membayar semula atau tidak.

Bukan mudah sebenarnya membuat pinjaman bank. Apatah lagi membeli rumah. Bukan seperti baju dipasar raya. Pemohonan perlu diteliti dan rujukan harus dibuat sebelum mereka memberi pinjaman.

Jika diberikan pun, barangkali kadar bunga akan lebih tinggi atas alasan mereka teragak -agak dalam meluluskan dan juga kerana risiko yang mereka ambil.

Ingat bank ni bukan saudara mara kita, mereka ni ialah entiti yang menjalankan perniagaan melalui pinjaman seperti ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Semoga berjaya!

Insyallah!

Leave a Comment